PIHAK berkuasa di Kepulauan Galapagos sedang berusaha membendung tumpahan minyak kira-kira 600 gelen selepas sebuah kapal kargo tenggelam.
Dalam kejadian pada Ahad, sebuah kren dilaporkan runtuh dan menimpa kapal berkenaan semasa operasi memuat naik barang dijalankan.
Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu Ecuador berkata kru kapal itu bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkan diri. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, lapor media tempatan.
Menurut kenyataan Taman Negara Galapagos, anggota tentera dan petugas alam sekitar telah meletakkan halangan dan kain penyerap bagi mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar.
Pengawal pantai dalam pada itu mengumumkan bahawa pelan kecemasan telah diaktifkan bagi mengawal tumpahan minyak.
Insiden tumpahan minyak berlaku di Pulau San Cristóbal yang merupakan bahagian paling timur beberapa pulau yang membentuk kepulauan Galapagos.
Ia merupakan habitat untuk singa laut, kura-kura raksasa dan burung hantu, serta jalur pantai yang indah.
Seperti kebanyakan pulau di kepulauan ini, pengunjung perlu mematuhi peraturan yang ketat untuk melindungi flora dan fauna.
Kepulauan Galapagos yang merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco, adalah sebahagian daripada Ecuador.
Beberapa ekosistem yang paling terancam boleh ditemui di situ selain banyak spesies yang tidak dapat dijumpai di tempat lain.
Terdapat lebih daripada 500 spesies tumbuhan terdapat di Galapagos, kira-kira satu pertiga daripadanya adalah endemik.
Agensi
Tue Dec 24 2019

Spesies kura-kura raksasa ini antara haiwan yang diancam pencemaran akibat tumpahan minyak di Kepulauan Galapagos. -AP

Pak Lah sihat, masih seperti dahulu - Reezal Merican
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata demikian, selepas menziarahi Abdullah, atau lebih mesra disapa Pak Lah, di rumahnya semalam.

68 notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada peniaga ayam di Kelantan
Notis itu dikeluarkan sejak 14 April hingga 21 April kepada peniaga dan mereka perlu menjawab dalam tempoh antara tiga hingga tujuh hari.

Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut
BBP Jasin menerima panggilan pada pukul 8.42 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota dan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

SIC tidak berhasrat hukum komuniti perlumbaan drag
Azhan berkata komuniti perlumbaan drag adalah sebahagian daripada keluarga sukan permotoran, yang perlu dididik mengenai pematuhan kepada SOP.

17 pekerja di asrama di Singapura dijangkiti semula COVID-19
Kes-kes itu dikaitkan dengan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun yang tinggal di asrama berkenaan dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 19 April.

BPMB lantik Nazir Razak sebagai pengerusi baharu
Beliau menggantikan Datuk Zaiton Mohd Hassan yang bersara pada Februari 2021 selepas berkhidmat selama dua tahun.

COVID-19 | Rakyat Amerika dinasihat tidak memasuki Malaysia
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menasihati rakyat negara itu untuk tidak melakukan perjalanan ke Malaysia. Saranan itu dilakukan setelah menilai situasi pandemik COVID-19 di Malaysia yang dicatatkan pada 'paras empat' yang menandakan kadar penularan di negara ini berada pada tahap tertinggi.

Hari Bumi 2021 | Tingkat kesedaran dalam menjaga bumi
Setiap pandemik yang mengancam nyawa manusia mempunyai vaksin bagi mengelak kehilangan nyawa, namun tidak bagi perubahan iklim.

Hari Bumi 2021 | Cara unik rai Hari Bumi
Sempena Hari Bumi, seorang artis dari China mengenakan gaun yang diperbuat daripada blon berwarna merah bagi menarik perhatian umum.

COVID-19 | Johor tutup tiga lagi sekolah
Johor menutup tiga lagi sekolah pada Khamis. Ia menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di negeri itu akibat penularan wabak COVID-19 sebanyak 20 sekolah.

62 terkorban rusuhan di penjara Ecuador
Sekurang-kurangnya 62 terkorban dalam rusuhan di tiga penjara Ecuador pada Selasa.

Wartawan, kru dirompak ketika bersiaran langsung
Kru DIRECTV mengejar perompak itu tetapi hanya dapat merakamnya melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Upaya seksual kura-kura gergasi ini luar biasa, berjaya menyelamatkan spesiesnya!
Diego sudah berusia lebih 100 tahun dan membantu menghasilkan lebih 800 keturunan.

COVID-19: Brazil lancar pelan darurat, sedia lebih banyak kawasan perkuburan
Sao Paulo, menjadi pusat penularan wabak, mencatatkan hampir 1,000 kematian dalam sebulan.

COVID-19: Di Ecuador mayat bergelimpangan, New York tumpang kebumi di taman
Kedua-dua tempat itu masing-masing berdepan masalah sama - terputus bekalan keranda dan masalah pengurusan mayat.

COVID-19: Mayat tidak dituntut, dibiar bergelimpangan atas jalan
Peningkatan kes kematian di republik itu menyaksikan mayat dibalut dengan plastik dan dibiarkan bergelimpangan di tepi jalan.

Tumpahan minyak 600 gelen ancam spesies unik di kepulauan Galapagos
Petugas telah meletakkan halangan dan kain penyerap untuk mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar.

Ribuan sertai protes anti-kerajaan di Ecuador
Negara di Amerika Selatan yang mempunyai 17 juta penduduk itu kini berdepan situasi kritikal susulan kelumpuhan sistem dan kekurangan pengangkutan awam, serta jalan raya yang disekat.

Nahas pesawat Cessna ragut 4 nyawa
Siasatan ke atas nahas sudah dilancarkan namun punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Gempa kuat 7.5 magnitud landa sempadan Ecuador-Peru
Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan awal mengenai jumlah mangsa terlibat atau kerosakan yang terjadi.