awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki rakam penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan dalam OIC

Bernama
Bernama
05/05/2022
09:35 MYT
Turki rakam penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan dalam OIC
Prof Dr Mustafa Sentop menyampaikan penghargaan Turki kepada Malaysia atas peranan yang dimainkan dalam aspek kemanusiaan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Turki merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan yang dimainkan negara dalam arena antarabangsa terutamanya menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim yang mengadakan perbualan telefon bersama Speaker of the Grand National Assembly of Turkey, Prof Dr Mustafa Sentop, semalam.
Menerusi kenyataan di sini hari ini, Rais berkata penghargaan turut diberikan Turki kepada negara atas peranan yang dimainkan dalam aspek kemanusiaan.
"Turki merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas kerjasama melalui Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pendidikan tinggi Islam," katanya.
Selain itu, beliau berkata komitmen memerangi jenayah rasuah di peringkat antarabangsa serta perjuangan bersama bagi mencari penyelesaian kepada konflik antarabangsa, antara yang turut dipersepakati kedua-dua dewan menerusi perbualan telefon berkenaan.
Rais berkata Turki turut berharap Malaysia memahami peranan yang dimainkan negara itu dalam isu keamanan di rantau Eropah, ASEAN dan platform OIC.
Beliau dalam pada itu turut memaklumkan telah dijemput menghadiri satu persidangan khas yang akan diadakan pada 21 hingga 23 Jun ini di Turki.
Hubungan diplomatik Kuala Lumpur dengan Ankara bermula pada 1964 dan Turki mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur dan Malaysia mempunyai kedutaan di Ankara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turki
#Malaysia
#oic
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan