ISTANBUL: Turki bersedia menjadi pengantara dan tuan rumah bagi sidang kemuncak damai antara Rusia dan Ukraine.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengesahkan perkara itu selepas berbincang dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelensky di Istanbul pada Jumaat.
"Kami bersedia untuk menjadi pengantara dan tuan rumah sidang kemuncak damai yang mana Rusia turut hadir.
"Kami akan meneruskan tugas untuk menamatkan perang dengan keamanan yang adil berdasarkan rundingan," kata Erdogan dalam sidang akhbar.
Terdahulu, Zelensky menolak idea untuk berunding secara langsung dengan Rusia atas alasan pemimpin Ukraine dan Barat mesti menetapkan keamanan mengikut syarat mereka sendiri.
"Kami tidak nampak bagaimana kami boleh menjemput orang yang menyekat, memusnahkan dan membunuh segala-galanya. Kami mahu mendapatkan keputusan," tegas Zelensky.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan rundingan dengan Erdogan sebagai produktif dan berterima kasih kepada Turki atas usahanya sebagai pengantara bagi menyelesaikan isu eksport bijirin Ukraine melalui Laut Hitam dan pertukaran tahanan.
Ankara berusaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan Moscow dan Kiev, membantu kedua-duanya menandatangani perjanjian yang kini sudah tamat, untuk memastikan laluan selamat bijirin di Laut Hitam pada Julai 2022.
Pertemuan Erdogan-Zelensky itu diadakan seminggu selepas pertemuan dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dengan rakan sejawatnya dari Turkiye, Hakan Fidan di sebuah forum diplomatik di Antalya. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024
Erdogan mengesahkan perkara itu selepas berbincang dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelensky di Istanbul pada Jumaat. - Gambar Reuters
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.