awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye-Israel: Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berkurangan - Erdogan

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2022
01:45 MYT
Turkiye-Israel: Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berkurangan - Erdogan
Erdogan (kanan) memberi jaminan itu semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pada Selasa. -Reuters
ANKARA: Usaha damai Turkiye dan Israel tidak akan mengurangkan sokongan Ankara terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan itu semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pada Selasa.
Kata Erdogan, saudara Palestin juga menyatakan langkah-langkah tersebut akan menyumbang kepada penyelesaian kepada isu Palestin dan memperbaik keadaan rakyatnya.
Pemimpin Palestin itu tiba di Ankara seminggu selepas Turkiye dan Israel mengumumkan keputusan memulihkan hubungan diplomatik penuh serta melantik semula duta buat kali pertama sejak 2018.
Turkiye dan Israel pernah menjadi sekutu rapat serantau, tetapi hubungan itu tidak diteruskan di bawah Erdogan yang menjadi pengkritik lantang dasar Israel terhadap Palestin.
Israel, sebaliknya, telah membantah sokongan Turkiye terhadap kumpulan Hamas Palestin yang memerintah Semenanjung Gaza.
Kedua-dua negara menarik balik duta masing-masing pada 2010, selepas tentera Israel menyerbu kapal ke Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Insiden itu mengakibatkan kematian sembilan aktivis Turkiye.
Berikutan percubaan untuk memperbaiki hubungan, Turkiye memanggil semula dutanya pada 2018 selepas Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis.
Topic Berkaitan
#Ankara
#Recep Tayyip Erdogan
#Palestin
#Mahmoud Abbas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan