Perdana Menteri Tony Abbott gagal mempertahankan jawatannya pada Isnin dalam satu undian dalaman parti apabila pencabarnya, jutawan Malcolm Turnbull dipilih untuk menerajui parti pemerintah.
Abbot, yang berkuasa sejak tahun 2013, telah diheret dalam undian dalaman Parti Liberal selepas Turnbull menyatakan bahawa kerajaan campuran tersebut tidak membuat perubahan pucuk pimpinannya.
“Saya akan menjadi calon dan menjangka akan menang,” kata Abbot sebelum undian bermula namun akhirnya tewas dengan kiraan 44-54.
Menteri Luar Julie Bishop yang sebelum ini menyokong Turnbull ketika meminta Abbott meletakkan jawatan, kekal di kerusinya sebagai timbalan ketua Parti Liberal dengan 70 undi berbalas 30.
Dalam Parlimen Australia, sesiapa yang mengetuai parti yang memerintah secara automatik menjadi Perdana Menteri.
Ia bukan kali pertama seorang Perdana Menteri Australia disingkirkan dalam undian mengejut. Sebelum ini Kevin Rudd dan Julia Gillard pernah melalui nasib serupa pada tahun 2010 dan 2013.
Gerakan untuk menentang Abbott telah berjalan selama beberapa bulan.
Beliau selamat mengharungi cabaran kepimpinan pada Februari lalu walau selepas ramai tidak berpuas hati tentang penilaiannya termasuk dalam isu kelemahan dasar dan bajet negara yang tidak popular.
Tiada pencabar tampil ketika itu dan usul pertandingan kepimpinan juga gagal.
Namun, selepas beberapa bulan, Abbott tidak berjaya mengekalkan kuasanya, seiring keadaan ekonomi yang merudum.
Turnbull yang merupakan seorang bekas peguam dan usahawan yang mewakili kawasan pengundi Sydney, menjelaskan kerajaan memerlukan pendekatan kepimpinan baharu.
Politik kejam
Pilihan raya umum yang sepatutnya diadakan menjelang pertengahan Januari 2017, dijangka akan dijalankan tahun depan dan Turnbull memberitahu kegagalan membuat perubahan bermakna Parti Liberal akan hilang kuasa kepada ketua Parti Buruh Bill Shorten.
“Jika kita biarkan Abbott terus menjadi Perdana Menteri, jelas sekali apa yang bakal berlaku. Jawatannya akan berakhir dan akan diganti dengan Shorten,” kata Turnbull.
Politik Australia boleh menjadi kejam, dengan kepimpinan parti yang sering bertukar selepas peralihan kuasa mengejut.
Turnbull sebelum ini mengetuai Parti Liberal sebagai pembangkang sebelum dipinggirkan Abbott pada penghujung tahun 2009.
Abbott kemudian kalah dalam pilihan raya tahun 2010 kepada Julia Gillard dari Parti Buruh, sebelum kembali berkuasa pada 2013.
Turnbull berkata Australia memerlukan gaya kepimpinan yang ‘menghormati intelektual rakyat, menjelaskan isu-isu kompleks dan menggariskan tindakan-tindakan yang perlu diambil’.
“Kita perlukan sokongan bulan slogan,” katanya.
Populariti Parti Buruh telah mendahului kerajaan sejak tahun lalu, dengan sebuah pungutan suara mendedahkan bahawa 63 peratus pengundi tidak berpuas hati dengan prestasi Abbott.
AFP
Mon Sep 14 2015
Turnbull (gambar) berkata kerajaan campuran Australia berdepan kekalahan tanpa perubahan pucuk pimpinannya. -Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.