awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK sambung semula proses tuntutan suaka rakyat Syria selepas tujuh bulan

Bernama
Bernama
15/07/2025
02:00 MYT
UK sambung semula proses tuntutan suaka rakyat Syria selepas tujuh bulan
Eagle (gambar) berkata kerajaan akan mengeluarkan garis panduan serta maklumat terkini mengenai keadaan di Syria bagi membolehkan pegawai menyambung semula proses membuat keputusan. - Foto GOV.UK
LONDON: United Kingdom (UK) menyambung semula pemprosesan tuntutan suaka dan permohonan penempatan tetap oleh rakyat Syria, menamatkan penangguhan yang dikenakan sejak Disember lalu berikutan keruntuhan pemerintahan Bashar al-Assad.
Menteri Keselamatan Sempadan dan Suaka UK, Dame Angela Eagle berkata Kementerian Dalam Negeri bertindak segera memulihkan sistem berkenaan sebaik sahaja penilaian yang boleh dipercayai dan berasaskan bukti dapat dijalankan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Berikutan keruntuhan pemerintahan rejim Assad, Kementerian Dalam Negeri menggantung semua temu duga dan keputusan permohonan suaka oleh rakyat Syria, seperti dimaklumkan kepada Parlimen pada 11 Disember 2024.
"Ini termasuk permohonan penempatan tetap oleh rakyat Syria, termasuk mereka yang dibawa ke UK di bawah Skim Penempatan Semula Individu Rentan Syria dan telah tamat tempoh lima tahun status pelarian. Sepanjang tempoh ini, kami tetap mendaftarkan semua permohonan," katanya dalam kenyataan.
Eagle menjelaskan bahawa penangguhan itu perlu kerana ketiadaan maklumat yang stabil dan objektif bagi menyokong penilaian risiko untuk penghantaran pulang ke Syria.
Beliau mengesahkan bahawa kerajaan akan mengeluarkan garis panduan serta maklumat terkini mengenai keadaan di Syria bagi membolehkan pegawai menyambung semula proses membuat keputusan.
Langkah itu disambut baik oleh Ketua Eksekutif Majlis Pelarian, Enver Solomon, yang menyifatkan keputusan itu akan memberi kelegaan kepada ramai pemohon Syria yang berdepan ketidaktentuan berpanjangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#pelarian
#Syria
#suaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan