awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang imigresen: Menteri Kesihatan Perancis letak jawatan

Bernama
Bernama
20/12/2023
08:56 MYT
Undang-undang imigresen: Menteri Kesihatan Perancis letak jawatan
Rousseau adalah sebahagian daripada anggota sayap kiri kerajaan dan merupakan penentang undang-undang imigresen yang diluluskan Parlimen. - Foto X Aurelien Rousseau
PARIS: Menteri Kesihatan Perancis Aurelien Rousseau telah mengemukakan peletakan jawatannya berikutan kelulusan undang-undang imigresen yang kontroversi di Parlimen, lapor media Perancis pada Selasa.
Akhbar Le Figaro dan Le Parisien melaporkan peletakan jawatan Rousseau tetapi kedua-dua media itu tidak menjelaskan sama ada Perdana Menteri Elisabeth Borne telah menerimanya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rousseau adalah sebahagian daripada anggota sayap kiri kerajaan dan merupakan penentang undang-undang imigresen yang diluluskan Parlimen.
Perdebatan mengenai undang-undang imigresen telah membawa kepada keretakan dalam kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron.
Kerajaan membuat konsesi kepada golongan konservatif untuk mendapatkan kelulusan mereka, menyebabkan ketidakpuasan dalam kalangan anggota sayap kiri.
Beberapa Ahli Parlimen dari parti Macron mengundi menentang rang undang-undang itu.
Kerajaan mahu menggunakan projek itu untuk mengawal imigresen dan meningkatkan integrasi dengan lebih baik.
Sebelum pengundian di Parlimen, terdapat laporan media bahawa beberapa menteri dari sayap kiri kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Menteri Kesihatan Perancis
#letak jawatan
#Aurelien Rousseau
#undang-undang Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan