BANGKOK: Pusingan kedua pengundian untuk calon Perdana Menteri Thailand ke-30 akan berlangsung hari ini di sidang Parlimen negara itu.
Semalam calon Pita Limjaroenrat mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian.
Bagaimanapun, ini boleh menjadi percubaan terakhirnya untuk memenangi jawatan tertinggi di Thailand itu menggantikan Prayut Chan-o-cha.
Ini kerana Pita sebelum ini mengumumkan beliau akan memberi laluan kepada parti kedua terbesar dalam gabungan, Pheu Thai Party, jika gagal memperoleh sokongan yang diperlukan buat kali kedua pada Rabu.
Pada Selasa, gabungan lapan parti diketuai Parti Move Forward (MFP) dipimpin Pita, mengesahkan sokongannya kepada beliau walaupun gagal mendapat sokongan lebih separuh daripada 749 anggota Parlimen dalam percubaan pertamanya Khamis lalu.
Walaupun menjadi calon Perdana Menteri tunggal, Pita hanya memperoleh 324 undi, manakala 182 undi menentangnya dan 199 berkecuali.
Bagaimanapun, gabungan itu masih memerlukan 63 undi kerana 249 senator yang dilantik oleh junta mungkin menjadi batu penghalang dalam usaha Pita untuk menjadi Perdana Menteri.
Pheu Thai memenangi 141 kerusi dalam pilihan raya itu dengan calon Perdana Menterinya termasuk Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan taikun hartanah Srettha Thavisin.
Seperti sebelum ini, dewan akan mula mengundi pada jam 4 petang waktu tempatan dengan sidang dipengerusikan Speaker Wan Muhamad Noor Matha.
Ia juga akan dihadiri 676 daripada 749 ahli termasuk 216 senator.
Pada Selasa, Prayut mengumumkan pengunduran beliau daripada politik termasuk meletak jawatan sebagai anggota Parti United Thai Nation.
Bagaimanapun, bekas jeneral tentera itu akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pembentukan kerajaan baharu.
Astro Awani
Wed Jul 19 2023
Pita Limjaroenrat, ketua Parti Move Forward memberi reaksi ketika di Parlimen. - Foto REUTERS
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.