awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA ke-77: Rusia pertahan tindakan ketenteraan ke atas Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2022
01:15 MYT
UNGA ke-77: Rusia pertahan tindakan ketenteraan ke atas Ukraine
Sergey Lavrov berucap pada UNGA ke-77 di New York, 24 Sept 2022. - Foto YouTube/United Nations
RUSIA mempertahankan tindakan ketenteraannya ke atas Ukraine atas alasan 'tiada pilihan lain'.
Bercakap di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 di New York, Kremlin diwakili menteri luarnya Sergey Lavrov.
Beliau mendakwa Amerika Syarikat dan sekutunya secara agresif memperlekehkan sistem antarabangsa yang diwakili PBB.
"Washington cuba mengubah dunia menjadi laman permainannya.
"Ini dilakukan dengan mengenakan sekatan tanpa mengikut undang-undang, yang selama ini telah digunakan untuk mencabuli piagam dan digunakan sebagai alat ugutan politik.
"Secara sinisnya ia sangat ketara kerana sekatan ini menjejaskan orang awam.
"Mereka dihalang daripada mendapat akses kepada barangan asas, termasuk ubat-ubatan, vaksin dan makanan.
"Contoh terbaik situasi ini adalah sekatan dikenakan Amerika syarikat ke atas Cuba," kata Lavrov.
Ucapan ini menjawab kritikan ke atas Moscow oleh beberapa pemimpin dunia.
Sehingga kini, perang Rusia-Ukraine mendominasi perbincangan. Ini termasuk isu ancaman nuklear, dakwaan pembersihan etnik, dan jenayah perang.
UNGA 77 | Rusia pertahan tindakan ke atas Ukraine
Topic Berkaitan
#UNGA
#Rusia
#Ukraine
#Sergey Lavrov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan