awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
20 tentera upahan maut, 11 ditahan ketika serang lapangan terbang Niamey, Niger
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNSC akan adakan mesyuarat tergempar berhubung serangan Israel ke atas Syria

Bernama
Bernama
17/07/2025
04:43 MYT
UNSC akan adakan mesyuarat tergempar berhubung serangan Israel ke atas Syria
Israel pada Rabu melancarkan serangan udara ke atas Damsyik dengan menyasarkan Kementerian Pertahanan Syria dan kawasan berhampiran istana presiden. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadual mengadakan sesi tergempar pada Khamis susulan serangan udara Israel di wilayah Suwayda dan Damsyik, Syria, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Majlis Keselamatan PBB dijadual mengadakan sesi tergempar pada Khamis atas permintaan Syria dan disokong Algeria, susulan serangan udara Israel ke atas Damsyik dan wilayah Suwayda di Syria.
  • Serangan Israel menyasarkan Kementerian Pertahanan Syria dan kawasan berhampiran istana presiden, serta memberi amaran akan meneruskan serangan jika tentera Syria tidak berundur dari Suwayda.
  • Ketegangan meningkat selepas tentera Syria dikerahkan ke Suwayda untuk mengawal pertempuran antara kumpulan Druze dan Badwi, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang, manakala Israel mendakwa tindakannya bertujuan melindungi komuniti Druze.

Menurut maklumat yang diperoleh Anadolu pada Rabu, mesyuarat itu diminta oleh perwakilan tetap Syria ke PBB dan disokong oleh Algeria yang kini merupakan ahli Majlis Keselamatan.
Mesyuarat dijangka berlangsung pada petang Khamis.
Israel pada Rabu melancarkan serangan udara ke atas Damsyik dengan menyasarkan Kementerian Pertahanan Syria dan kawasan berhampiran istana presiden.
Serangan itu berlaku ketika Israel menyambung semula serangan di wilayah Suwayda di selatan Syria, dengan memberi amaran bahawa serangan akan diteruskan sekiranya pasukan Syria tidak berundur.
Tentera Syria sebelum itu telah dikerahkan ke kawasan tersebut bagi mengembalikan ketenteraman selepas pertempuran antara kumpulan bersenjata Druze dan Badwi mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang.
Tentera Israel mendakwa operasi itu bertujuan melindungi minoriti Druze.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Syria
#kekejaman israel
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami