DUNIA
Urusan menjadi anggota tetap ASEAN makin hampir untuk Timor-Leste

Mohamad berkata, satu upacara untuk menerima Timor-Leste sebagai ahli tetap ASEAN akan diadakan pada Sidang kemucak ASEAN Oktober nanti.
SEREMBAN: Proses keanggotaan tetap Timor-Leste dalam ASEAN kini berada di peringkat dokumentasi sebelum diterima secara rasmi sebagai anggota penuh pada Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini.
Ringkasan AI
- Proses keanggotaan tetap Timor-Leste dalam ASEAN kini di peringkat dokumentasi dan dijangka diterima secara rasmi sebagai anggota penuh pada Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini.
- ASEAN menyatakan komitmen untuk membantu Timor-Leste melengkapkan penyertaan dalam perjanjian ekonomi utama dan melaksanakan tanggungjawab sebagai negara anggota.
- Malaysia menyokong proses ini melalui sumbangan dana dan latihan teknikal kepada pegawai Timor-Leste bagi mempercepat integrasi ke dalam blok serantau.
ASEAN mengulangi komitmennya untuk menerima Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 pada Sidang Kemuncak ke-47 blok serantau itu yang bakal berlangsung pada Oktober ini, selaras dengan keputusan yang dibuat pada sidang kemuncak sebelum itu.
Dalam Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 pada 9 Julai, para menteri menyatakan komitmen untuk menyokong Timor-Leste dalam mempercepat penyertaannya ke dalam perjanjian-perjanjian ekonomi utama ASEAN bagi memudahkan integrasi sepenuhnya ke blok serantau itu.
"Kami menantikan Timor-Leste melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai bakal negara anggota serta komitmennya untuk menegakkan prinsip-prinsip asas ASEAN," menurut kenyataan itu.
Timor-Leste, negara termuda di Asia Tenggara, memohon keahlian ASEAN pada 2011, sembilan tahun selepas mencapai kemerdekaan pada 20 Mei 2002.
Walaupun prosesnya panjang dan mencabar, Dili menunjukkan komitmen tinggi dalam memenuhi syarat keahlian yang ketat.
Pada Februari lalu, Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak US$200,000 kepada Unit Timor-Leste di Sekretariat ASEAN di Jakarta bagi mempercepat proses keahlian penuh.
Malaysia turut menyediakan latihan teknikal menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), yang melatih 319 pegawai Timor-Leste dalam pelbagai bidang setakat ini.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami