LEBIH 5.52 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Rabu.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.11 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan sebanyak 707 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat dengan lebih 374 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos vaksin didaftarkan adalah Brazil, Jepun dan Jerman.

Manakala Turki dan United Kingdom masing-masing mencatatkan lebih 90 juta dos vaksin didaftar atau disuntik.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 107 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 36 juta dos, Filipina dan Thailand dengan 35 juta dos dan Singapura di tangga kelima dengan hampir 9 juta dos.