awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru umat Islam memperingati peristiwa Israk dan Mikraj
Dua lelaki ditahan terlibat lumba haram di Setiu
Pelajar asnaf, anak yatim dan B40 antara penerima manfaat biasiswa baharu KPMB–KPKPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venezuela sahkan 47 askar maut dalam operasi AS tangkap Maduro

Bernama
Bernama
17/01/2026
02:00 MYT
Venezuela sahkan 47 askar maut dalam operasi AS tangkap Maduro
Anggota tentera membawa gambar pegawai Cuba yang terbunuh semasa operasi Amerika Syarikat di Venezuela yang menawan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro. - Foto AP
ISTANBUL: Venezuela mengesahkan seramai 47 askarnya terkorban dalam operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini yang membawa kepada penangkapan Presiden Nicolas Maduro, lapor Anadolu Ajansi.
Menteri Pertahanan Vladimir Padrino Lopez memberitahu televisyen kerajaan bahawa anggota Angkatan Bersenjata Negara Bolivarian terkorban ketika berdepan teknologi canggih dan sumber ketenteraan yang jauh lebih besar dikerahkan terhadap negara itu.
Sambil menekankan bahawa 32 warga Cuba turut terbunuh dalam serangan itu, Lopez berkata pihak tentera kini mengaktifkan "Pelan Ayacucho" bagi meningkatkan keupayaan pertahanan.
Beliau mengakui bahawa terdapat keperluan untuk menyemak dan menyusun semula angkatan tentera bagi menyesuaikan diri dengan realiti baharu, sambil menegaskan bahawa matlamat utama adalah untuk mengukuhkan kekuatan ketenteraan demi memastikan penghormatan terhadap negara serta pelaksanaan penuh Perlembagaan.
Lopez menambah bahawa walaupun Venezuela sedang melalui detik kritikal, kehormatan dan maruah angkatan tenteranya kekal utuh.
Letupan menggegarkan Caracas pada 3 Jan lepas ketika Presiden AS Donald Trump mengumumkan satu operasi besar yang membawa kepada penangkapan Maduro dan isterinya Cilia Flores.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nicolas Maduro
#askar
#Terbunuh
#operasi ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan