Fenomena El Nino yang telah mengakibatkan cuaca tidak menentu di rantau Asia kini sudah mula dirasai di beberapa daerah di China.

Taburan hujan tidak menentu menyebabkan banjir besar melanda Beijing hujung minggu lalu.

Setakat ini, kira-kira 22 orang terkorban dan lebih 197,000 hilang tempat tinggal selepas beberapa buah bandar di daerah tersebut ditenggelami air akibat banjir besar.

Viral di media sosial ialah rakaman video yang menunjukkan detik cemas di sebuah pusat membeli-belah di bandaraya tersebut apabila dilanda banjir susulan hujan lebat.

Rakaman video itu menunjukkan paras air meningkat akibat hujan lebat dan mula menghanyutkan barangan di kompleks itu.

Pekerja-pekerja yang berada di situ mula panik dan masing-masing berusaha untuk menyelamatkan diri.


Video itu menarik perhatian netizen dan menyifatkan insiden itu membimbangkan dan menakutkan.

Segelintir netizen turut menyoal keselamatan orang yang terperangkap yang mungkin berhadapan dengan renjatan elektrik.

China flood
Kredit Gambar:Facebook


China flood

Kredit Gambar:Facebook