Vietnam sasar 5,000km lebuh raya menjelang 2030

Timbalan Menteri Pembinaan Le Anh Tuan berucap pada majlis pelancaran buku bertajuk 'The Miracle of 3,000 km of Expressways' di Hanoi, 17 Dis 2025. Foto Kementerian Pembinaan Vietnam
HANOI: Rangkaian lebuh raya Vietnam mencatat kemajuan pesat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, dengan negara itu dijangka mencapai sasaran 3,000 kilometer (km) menjelang akhir tahun ini dan terus memacu usaha ke arah matlamat 5,000 km menjelang 2030, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Ringkasan AI
- Rangkaian lebuh raya Vietnam mencatat kemajuan pesat, dengan sasaran capai 3,000 km menjelang akhir tahun ini dan terus memacu usaha ke arah 5,000 km menjelang 2030.
- Pembangunan lebuh raya sejak 2021 melebihi jumlah keseluruhan dalam tempoh sebelumnya, dijangka 3,513 km siap menjelang akhir 2025.
- Infrastruktur lebuh raya membantu mengurangkan kesesakan, memendekkan masa perjalanan, dan memperkukuh kesalinghubungan serantau, serta tingkatkan daya saing ekonomi negara.
Menjelang akhir 2025, kira-kira 3,513 km lebuh raya dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya.
Antara pencapaian utama ialah Lebuh Raya Utara-Selatan Bahagian Timur yang kini hampir lengkap, dengan kesemua 23 projek komponen bagi kedua-dua fasa pelaburan telah mula beroperasi, sekali gus membolehkan perjalanan lancar dari utara ke selatan negara itu.
Pada seminar bertajuk 'Momentum daripada 3,000 km Lebuh Raya' yang diadakan pada 17 Dis, pengurus, pakar pengangkutan dan wakil industri sependapat bahawa kadar pembinaan lebuh raya ketika ini merupakan yang terpantas dalam sejarah sektor pengangkutan Vietnam.
Perkembangan rangkaian lebuh raya dilihat membantu mengurangkan kesesakan, memendekkan masa perjalanan serta mengukuhkan kesalinghubungan serantau, di samping membuka ruang pembangunan baharu dan meningkatkan daya saing ekonomi negara.
Infrastruktur yang sebelum ini menjadi kekangan kepada pertumbuhan kini berperanan sebagai pemacu utama pembangunan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


