awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Virus dikesan di AS sejak Disember 2019 - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2021
00:44 MYT
Virus dikesan di AS sejak Disember 2019 - Kajian
Satu kajian antibodi baharu menemui bukti bahawa penularan COVID-19 di Amerika Syarikat bermula Disember 2019. - Foto fail/REUTERS
SATU kajian antibodi baharu menemui bukti bahawa penularan COVID-19 di Amerika Syarikat bermula Disember 2019.
Kajian yang dijalankan Institut Kesihatan Kebangsaan menganalisis 24,000 sampel darah yang disumbangkan oleh sukarelawan di seluruh negara itu bermula 2 Januari hingga 18 Mac 2020.
Antibodi terhadap SARS-CoV-2 dikesan melalui dua ujian serologi yang berbeza pada sembilan sampel pesakit.
Sukarelawan pula berada di luar lokasi epidemik seperti Seattle dan New York yang dianggap sebagai pintu masuk kepada virus itu ke Amerika Syarikat.
Sampel positif pertama datang daripada peserta di Illinois dan Massachusetts masing-masing pada 7 dan 8 Januari 2020.
Ia menunjukkan bahawa virus itu ada di negeri-negeri berkenaan pada akhir Disember.
Namun pengkaji masih belum mempunyai jawapan bagaimanakan cara mereka dijangkiti sama ada semasa perjalanan atau dalam komuniti mereka sendiri.
Berikutan terdapat ketidakpastian dalam ujian serologi, pengesahan selanjutnya akan dilakukan bagi membina keyakinan tambahan terhadap penemuan tersebut.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#virus
#Amerika Syarikat
#Kajian
#pakar
#penularan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan