awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wagner serah senjata kepada Kementerian Pertahanan Rusia

Bernama
Bernama
13/07/2023
11:03 MYT
Wagner serah senjata kepada Kementerian Pertahanan Rusia
Selain itu, Wagner telah menyerahkan lebih 2,500 tan peluru pelbagai jenis dan 20,000 senjata api. - Gambar fail/Reuters/Yulia Morozova
MOSCOW: Ketua kumpulan tentera swasta Wagner, Yevgeny Prigozhin telah menyerahkan sejumlah besar senjata berat, peralatan ketenteraan dan beribu-ribu tan peluru kepada Kementerian Pertahanan Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Antaranya ialah kereta kebal T-90 dan T-80, pelbagai pelancar roket dan pelbagai sistem artileri, kata jurucakap kementerian Igor Konashenkov di Moscow padai Rabu.
Selain itu, Wagner telah menyerahkan lebih 2,500 tan peluru pelbagai jenis dan 20,000 senjata api.
Wagner telah berulang kali menawan wilayah termasuk pekan Bakhmut, dalam perang pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang berlarutan selama lebih 16 bulan. Bagaimanapun, Prigozhin bulan lalu, mencetuskan pemberontakan terhadap Moscow.
Beliau menamatkan pemberontakan pada 24 Jun, ketika pasukannya kurang daripada 200 kilometer dari Moscow, berikutan pengantaraan dianjur pemimpin Belarus Alexander Lukashenko. Sebagai balasan, Prigozhin dan pejuangnya dijanjikan kekebalan daripada pendakwaan.
Beberapa hari kemudian, Prigozhin dan berpuluh-puluh komander Wagner bertemu dengan Presiden Vladimir Putin. Kremlin tidak memberikan sebarang butiran mengenai keputusan mesyuarat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta kebal
#senjata api
#Vladimir Putin
#keputusan mesyuarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan