awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita gelandangan dijumpai mati di McDonald's Hong Kong

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2015
14:39 MYT
Wanita gelandangan dijumpai mati di McDonald's Hong Kong
Para pelanggan menikmati makanan mereka di restoran 24 jam itu tanpa menyedari seorang wanita yang duduk di satu sudut telah meninggal.
SEBUAH restoran McDonald’s beroperasi seperti biasa di Kowloon Bay, Hong Kong.
Namun di satu sudut restoran 24 jam itu, kelibat seorang wanita yang langsung tidak berganjak dari tempat duduknya menimbulkan tanda tanya.
Para pelanggan yang menikmati sajian makanan mereka rupa-rupanya langsung tidak menyedari wanita tersebut sebenarnya telahpun meninggal dunia.
Malah pekerja McDonald’s cawangan itu hanya menyedari keadaan wanita itu pada Sabtu pagi, iaitu sehari selepas beliau masuk ke restoran itu.
Menurut akhbar South China Morning Post, rakaman CCTV menunjukkan wanita itu memasuki restoran pada jam 8.39 pagi Jumaat, dan dijumpai mati 24 jam kemudian.
Laporan sama turut menyatakan bahawa tiada siapa memberi perhatian kepada beliau yang duduk berhampiran tandas di restoran tersebut.
Wanita yang berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun itu dipercayai sering bermalam di cawangan restoran tersebut.
McDonald’s Hong Kong dalam pada itu menyatakan kesedihan di atas kejadian tersebut dan berkata ia akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka.
Jurucakap restoran itu menjelaskan bahawa wanita itu tidak memesan apa-apa makanan tetapi kakitangan mereka berkata wanita itu ada meminta air di kaunter.
Akhbar itu turut berkata polis sedang berusaha mengesahkan identiti wanita berkenaan kerana tiada dokumen dijumpai di tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#gelandangan
#Hong Kong
#Mcdonald's
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan