KARACHI: Angka kematian akibat banjir di Pakistan meningkat kepada 147 mangsa setakat ini.

Ia susulan daripada hujan lebat berterusan yang melanda beberapa wilayah di negara itu.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara, kanak-kanak dan wanita antara yang paling banyak terkorban dalam tragedi banjir kali ini.

88 wanita maut, manakala selebihnya terdiri dari kanak-kanak.

Selain rumah, banjir turut merosakkkan fasiliti awam seperti jalan, jambatan dan stesen janakuasa di seluruh negara.

Karachi dilaporkan menjadi kawasan yang paling teruk terjejas setakat ini dengan rumah masih ditenggelami air.

Hujan lebat yang melanda kali ini dilaporkan dua kali ganda lebih teruk dari kadar biasa yang dicatatkan dalam masa setahun di negara itu.