awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga AS bergelut penuhi keperluan hidup akibat inflasi tinggi - CNN

Bernama
Bernama
30/07/2022
04:23 MYT
Warga AS bergelut penuhi keperluan hidup akibat inflasi tinggi - CNN
Sesetengah rakyat menumpukan pembelian di kedai yang menawarkan potongan harga selain ramai lagi yang terpaksa bergantung kepada bank makanan tempatan untuk mendapatkan bantuan. - AP
NEW YORK: Ramai penduduk Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di kawasan paling teruk terjejas berdepan kesukaran untuk memenuhi keperluan hidup kesan daripada kadar inflasi tertinggi di negara itu, lapor Xinhua.
Laporan khas disiarkan CNN pada Khamis mengambil California sebagai sampel.
Kawasan berkenaan menyaksikan kadar inflasi tahunan sehingga 9.4 peratus pada Mei, menjadi angka tertinggi di AS dengan kadar inflasi di semua kawasan bandar yang dikaji Indeks Harga Pengguna Jabatan Buruh mencatatkan paras 8.5 peratus pada Mei, menurut laporan itu.
Di California, harga purata bagi gas adalah yang tertinggi di seluruh negara manakala kenaikan harga makanan dan minyak di kawasan berkenaan menyaksikan penduduk tempatan terpaksa mencari kaedah baru untuk berjimat dan mengumpul pendapatan tambahan.
Selain memotong perbelanjaan untuk daging dan mengelak daripada memandu, ramai penduduk mula mengumpul barangan yang boleh dikitar semula untuk dapatkan wang tambahan manakala sesetengahnya menumpukan pembelian di kedai yang menawarkan potongan harga selain ramai lagi yang terpaksa bergantung kepada bank makanan tempatan untuk mendapatkan bantuan.
Inflasi di AS kekal tinggi sejak empat dekad memaksa Rizab Persekutuan AS menguatkuasakan kenaikan 75 mata asas lagi pada Rabu, kenaikan kadar berturut-turut dalam tempoh beberapa dekad.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inflasi
#kos sara hidup
#pendapatan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan