BANGKOK: Seorang warga emas maut selepas 12 batang giginya dicabut dan menyebabkan pendarahan tidak terkawal di Hospital Singburi, dedah anak perempuannya baru-baru ini, lapor portal Thaiger.
Menurut anak perempuan mendiang, Chanthana Khum Khrong, sebelum kejadian ayahnya berusia 64 tahun pernah mendapatkan rawatan penyakit hati di sebuah Hospital Singburi.
Katanya, rawatan itu bermula pada 12 Mei dan selepas itu bapanya ditahan sehingga 15 Mei di hospital sama kerana rawatannya memerlukan antibiotik.
Chanthana mendedahkan bahawa pada 23 Mei, pihak hospital menasihatkan 12 batang gigi rosak ayahnya dibuang dengan melalui dua peringkat. Peringkat pertama doktor akan mencabut tujuh batang gigi dan kemudian lima.
Namun, Chanthana mempersoalkan tindakan doktor yang bertegas mencabut gigi itu walaupun kesihatan ayahnya semakin merosot.
Tambahnya, selepas operasi mencabut selesai, ayahnya mengalami pendarahan tidak berhenti dan doktor hanya memberikan kain kasa untuk digigit dan kadang-kala mendiang tercekik kain itu.
"Jururawat hanya menasihatkan menggigit semula kain tersebut berbanding memberinya ubat bagi menghentikan pendarahan itu," katanya sambil menambah Pengarah Hospital Singburi akan memberi kenyataan rasmi mengenai kes itu dalam masa terdekat. - Agensi
Sumber: Thaiger menerusi Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023

Anak warga emas terbabit mendedahkan bahawa pada 23 Mei, pihak hospital menasihatkan 12 batang gigi rosak ayahnya dibuang dengan melalui dua peringkat. - Foto Agensi

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes samun, bunuh warga emas
Kedua-dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan pada jam 3 pagi tadi di sekitar Kuala Ketil.

KKM buka peluang pegawai perubatan lanjut pengajian, lahir ramai pakar geriatrik
Setakat ini KKM hanya punyai 34 pakar dalam pengkhususan perubatan yang memfokuskan pada kesihatan dan penjagaan bagi golongan berumur itu.

KPWKM sasar tubuh lebih banyak PAWE depani negara menua
Dengan pertambahan PAWE, golongan warga emas dapat terus menjalankan aktiviti dalam komuniti dan terus sihat, aktif, produktif, positif.

Isu kemiskinan warga emas: Skim pekerjaan khas dicadang diwujudkan
Pelaksanaan cadangan itu juga boleh menangani isu kesepian dan keterpinggiran dalam kalangan warga emas.

Penjual buah berusia 80 tahun mati ditikam
Seorang penjual buah berusia 80 tahun mati ditikam di hadapan sebuah rumah dua tingkat di Taman OUG di sini, pada Selasa.

Warga emas rugi lebih RM289,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa lelaki tempatan itu telah berurusan dengan seorang wanita pada 24 Ogos lepas menggunakan Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Simpanan RM3.83 juta lesap dijerat 'scammer'
Mangsa berusia 70 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengaku sebagai ejen insurans sekitar November 2022.

Pesara wanita di Kerian kerugian RM485,000 ditipu phone scam
Wanita berusia 72 tahun itu yang merupakan seorang pesara swasta, membuat laporan polis pada pukul 11.40 pagi semalam.

Penubuhan Pusat Geriatrik bina sistem kesihatan mesra warga emas - Pakar
Dr A'isyah berkata, Malaysia perlu bersedia dalam pelbagai aspek perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.

RMK12: 1,200 klinik daif dinaik taraf, Institut Kesihatan Mental ditubuh - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA).