awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Ukraine melutut depan kereta kebal Rusia

Sinar Harian
Sinar Harian
28/02/2022
03:19 MYT
Warga Ukraine melutut depan kereta kebal Rusia
Seorang lelaki melutut di depan sebuah kereta kebal tentera Rusia di sebuah bandar di Ukraine baru-baru ini. - Foto East2west News
KIEV: Seorang lelaki Ukraine nyaris maut apabila cuba menghalang pergerakan kereta kebal tentera Rusia di sebuah bandar di negara itu baru-baru ini.
Lelaki itu kelihatan berdiri bagi menghalang kemaraan barisan kereta kebal Rusia tanpa memegang sebarang senjata api di bandar berkenaan.
Dalam rakaman video itu, sekumpulan penduduk tempatan menyaksikan pergerakan kereta-kereta kebal tersebut.
SEMUA MENGENAI KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI
Namun, lelaki berkenaan didapati memanjat badan kereta kebal tersebut menyebabkan pergerakan kenderaan tempur itu berhenti buat seketika.
Apabila kereta kebal itu berhenti, lelaki berkenaan kemudian turun dari kenderaan tempur tersebut.
Dia kemudian melutut di depan kereta kebal itu.
Bagaimanapun, beberapa orang bertindak menarik lelaki itu supaya tidak menghalang pergerakan kereta kebal tersebut demi keselamatan dirinya.
Pada Khamis lalu, tentera Rusia menceroboh Ukraine apabila Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan perang ke atas negara itu atas alasan mahu melindungi penduduk awam.
Putin mendakwa kerajaan negara itu melakukan genosid ke atas penduduk awam yang berbahasa Rusia di negara berkenaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#krisis Rusia-Ukraine
#melutut depan kereta kebal
#tentera
#senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan