awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram bereksperimen dengan paparan angka 'Kawan' ganti akaun diikuti di profil
Hujan lebat cetus kerosakan teruk di Pulau Utara, New Zealand
Jawatankuasa Kongres AS undi tahan Clinton, isteri dalam siasatan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan Amerika ditemukan selamat selepas hampir seminggu hilang ketika mendaki di Norway

Agensi
Agensi
06/08/2025
23:50 MYT
Wartawan Amerika ditemukan selamat selepas hampir seminggu hilang ketika mendaki di Norway
Alec Luhn dilaporkan hilang hampir seminggu ketika melakukan pendakian solo di kawasan glasier dalam Taman Negara Folgefonna, di barat daya Norway.
OSLO: Seorang wartawan dari Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan hilang hampir seminggu ketika melakukan pendakian solo di Norway akhirnya ditemukan selamat, menurut pengesahan keluarganya.
Alec Luhn, 38, dilaporkan hilang semasa melakukan pendakian di kawasan glasier dalam Taman Negara Folgefonna, di barat daya Norway.
Isterinya, Veronika Silchenko, memaklumkan kepada CBS News, suaminya itu mengalami kecederaan pada kaki, namun berada dalam keadaan stabil dan sedar.
“Saya rasa ini satu keajaiban,” kata Silchenko.
“Ini adalah hari paling bahagia dalam hidup saya.”
Luhn, yang pernah menulis untuk pelbagai agensi berita antarabangsa, memulakan pendakian dari bandar Odda pada 31 Julai lalu.
Beliau gagal menaiki penerbangan pulang yang dijadualkan pada Isnin, mendorong Silchenko membuat laporan kehilangan kepada pihak berkuasa.
Silchenko turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat Norway yang telah menemukan suaminya dan kini menunggu untuk berbincang dengan doktor mengenai tahap kecederaan yang dialami.
Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai operasi menyelamat itu didedahkan pihak berkuasa.
Sebelum ini, Silchenko menggambarkan suaminya sebagai seorang yang berpengalaman dalam aktiviti luar dan pernah berkhemah dalam keadaan cuaca ekstrem.
“Alec memang obses dengan kawasan Artik,” katanya kepada CBS News.
“Dia sangat cintakan glasier, salji dan para penjelajah.”
Sebagai wartawan iklim, Luhn banyak mengembara ke kawasan sejuk termasuk lokasi-lokasi glasier yang semakin mengecil akibat perubahan iklim.
“Dia sentiasa berusaha untuk melawat negara-negara paling sejuk,” katanya lagi.
Luhn pernah membuat liputan untuk pelbagai media ternama seperti BBC, The Atlantic, National Geographic, The New York Times, Scientific American, Time Magazine dan CBS.
Tahun lalu, beliau pernah menulis laporan khas untuk BBC mengenai kebakaran hutan “zombie” di Kanada – kebakaran bawah tanah yang terus menyala sepanjang tahun dan dipercayai berpunca daripada kesan perubahan iklim. - Agensi
Topic Berkaitan
#wartawan Amerika Syarikat
#hilang ketika mendaki
#taman negara Norway
#Alec Luhn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan