awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

White House terbit teks penuh Deklarasi Trump untuk keamanan dan kemakmuran berkekalan

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2025
23:50 MYT
White House terbit teks penuh Deklarasi Trump untuk keamanan dan kemakmuran berkekalan
Trump menyifatkan perjanjian itu sebagai “permulaan bab baharu yang indah untuk Asia Barat,” dan berikrar untuk bekerjasama dengan rakan serantau bagi memastikan legasi ini dapat dikekalkan. - Foto AP
WASHINGTON: White House pada Isnin telah menerbitkan teks penuh Trump Declaration for Enduring Peace and Prosperity, satu dokumen yang digambarkan sebagai tonggak penting dalam usaha menamatkan konflik Gaza dan membina semula kestabilan serantau.

Ringkasan AI
  • Teks penuh 'Trump Declaration for Enduring Peace and Prosperity' diterbitkan, menandakan komitmen serantau terhadap pelaksanaan perjanjian damai Gaza yang dirundingkan Amerika Syarikat.
  • Dokumen menekankan perlindungan hak asasi manusia, maruah rakyat Palestin dan Israel, serta pentingnya dialog dan kerjasama berterusan untuk kestabilan serantau.
  • Pengumuman dibuat susulan pelaksanaan gencatan senjata, pembebasan tebusan dan peningkatan bantuan kemanusiaan, dengan Trump menyifatkan perjanjian itu sebagai permulaan bab baharu untuk Asia Barat.

Deklarasi tersebut, yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bersama pemimpin dari Mesir, Qatar dan Turkiye, mengesahkan komitmen semua pihak terhadap pelaksanaan Trump Peace Agreement - perjanjian damai yang menamatkan lebih dua tahun keganasan dan penderitaan di rantau itu.
“Kami menyokong dan berdiri teguh di belakang usaha ikhlas Presiden Trump untuk menamatkan perang di Gaza dan membawa keamanan berkekalan ke Asia Barat,” menurut petikan kenyataan itu.
Dokumen tersebut menekankan prinsip-prinsip utama seperti perlindungan hak asasi manusia, jaminan keselamatan, dan maruah untuk rakyat Palestin dan Israel.
Ia turut menyeru kepada kerjasama berterusan dan dialog sebagai asas kepada kemajuan bermakna dan kepentingan bersama di peringkat serantau dan global.
Deklarasi ini diumumkan selepas pelaksanaan awal gencatan senjata yang menyaksikan pembebasan tebusan Israel dan pemulangan tahanan Palestin, serta peningkatan akses bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Trump menyifatkan perjanjian itu sebagai “permulaan bab baharu yang indah untuk Asia Barat,” dan berikrar untuk bekerjasama dengan rakan serantau bagi memastikan legasi ini dapat dikekalkan.
Topic Berkaitan
#Trump Declaration for Enduring Peace and Prosperity
#White House
#Asia Barat
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan