awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO hantar 10 treler bantuan perubatan ke Gaza, tangani keperluan kesihatan yang kritikal

BantahTPPA
BantahTPPA
30/07/2025
21:15 MYT
WHO hantar 10 treler bantuan perubatan ke Gaza, tangani keperluan kesihatan yang kritikal
WHO menggerakkan 10 treler dari Al-Arish di Mesir ke lintasan Kerem Shalom untuk Gaza, membawa ubat-ubatan, bekalan makmal dan alat ujian air. - Foto REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar 10 treler yang membawa bekalan perubatan penting ke Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik ketua pertubuhan itu.
"WHO menggerakkan 10 treler dari Al-Arish di Mesir ke lintasan Kerem Shalom untuk Gaza, membawa ubat-ubatan penting, bekalan makmal dan alat ujian air," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu hantaran di platform X.
Beliau berkata lebih banyak bantuan sedang dalam perjalanan, dengan mengesahkan "dua lagi treler dengan bekalan perubatan serta 12 palet produk darah dijangka tiba esok."
Semua bantuan WHO akan disalurkan ke dalam Gaza bersama "tiga treler tambahan dengan bekalan perubatan daripada rakan kesihatan," KATA Tedros.
"Keperluan kesihatan di Gaza sangat besar," katanya, sambil menegaskan yang aliran berterusan bekalan perubatan adalah sangat kritikal."
Tedros sekali lagi menyeru kepada akses kemanusiaan tanpa halangan dan menghentikan permusuhan: "Kami terus menyeru agar akses bantuan perubatan ke dan merentasi Gaza diberikan secara berterusan, selamat dan tanpa gangguan serta gencatan senjata dilaksanakan."
Israel mengekalkan sekatan ke atas Gaza selama 18 tahun dan sejak 2 Mac, semua lintasan sempadan ditutup, menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan dan memburukkan lagi keadaan yang sememangnya teruk di wilayah itu.
Tentera Israel melancarkan serangan ganas ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023, menyebabkan lebih 60,000 rakyat Palestin terbunuh. Pengeboman berterusan memusnahkan wilayah itu dan menyebabkan kekurangan makanan. Sehingga kini, 154 orang, termasuk 89 kanak-kanak mati akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan sejak Oktober 2023.
Pada Isnin, dua kumpulan hak asasi Israel iaitu B'Tselem dan Physicians for Human Rights-Israel menuduh Israel melakukan jenayah genosid di Gaza, dengan merujuk kepada kemusnahan sistematik masyarakat Palestin dan dengan sengaja melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan wilayah itu.
Israel juga sedang berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan serangannya di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#treler bantuan
#perubatan
#Gaza
#Palestin
#bekalan makmal
#alat ujian air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan