awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO puji Korea Selatan berjaya turunkan jangkitan baharu kepada kurang 50 kes

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2020
00:27 MYT
WHO puji Korea Selatan berjaya turunkan jangkitan baharu kepada kurang 50 kes
Tedros mencadangkan agar Moon membantu negara-negara Afrika yang berdepan kekangan bantuan perubatan termasuk kit ujian.
Korea Selatan pada Selasa melaporkan kurang daripada 50 kes baharu jangkitan koronavirus buat julung kalinya sejak Februari.
Usaha itu mendapat pujian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) apabila negara itu dilihat berjaya mengekang penularan COVID-19 walaupun ia antara yang pertama terjejas akibat pandemik tersebut, lapor AFP.
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dilapor menghubungi Presiden Moon Jae-in bagi menyatakan kekagumannya atas usaha kepimpinan negara itu dalam mengekang virus tersebut.
Dalam perbualan telefon selama 25 minit itu juga, Tedros mencadangkan agar Moon membantu negara-negara Afrika yang berdepan kekangan bantuan perubatan termasuk kit ujian.
President @moonriver365 and I share concerns about the spread of #COVID19 in Africa. We discussed actions @g20org leaders agreed to take to support countries with fragile health systems. Together!
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) April 6, 2020
Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) berkata negara itu hanya mencatatkan 47 kes baharu pada tengah malam Ahad berbanding 81 pada hari sebelumnya.
Jumlah semasa kes jangkitan COVID-19 di Korea Selatan ialah 10,284. Angka kematian meningkat kepada 191, manakala 135 pesakit sembuh ialah 6,598.
Korea Selatan telah berjaya mengawal wabak ini dengan hanya kira-kira 100 kes atau kurang dilaporkan sepanjang bulan lepas.
Ini merupakan kali pertama angka harian berada di bawah 50 kes sejak 29 Feb apabila 909 kes dilaporkan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KCDC
#Ketua Pengarah WHO
#Korea Selatan
#koronavirus
#Moon Jae-in
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan