awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wilayah kedua Thailand dikenakan perintah berkurung

Bernama
Bernama
14/12/2025
05:32 MYT
Wilayah kedua Thailand dikenakan perintah berkurung
Penduduk kawasan berkenaan dilarang keluar dari rumah di antara jam 7 malam hingga 5 pagi keesokan harinya. - Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Tentera Thailand pada Ahad mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung di beberapa kawasan di Wilayah Trat susulan situasi berterusan di sepanjang kawasan sempadan, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Tentera Thailand mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung di lima daerah di Wilayah Trat susulan situasi di sempadan yang tidak stabil.
  • Penduduk kawasan berkenaan dilarang keluar dari rumah di antara jam 7 malam hingga 5 pagi keesokan harinya.
  • Tindakan ini diambil susulan insiden bom tangan dilancarkan ke ibu pejabat Pasukan Petugas Kor Marin di Wilayah Trat pada malam Sabtu yang lalu.

Dalam satu perintah rasmi, tentera memaklumkan bahawa perintah berkurung dikuatkuasa serta-merta di lima daerah iaitu Khlong Yai, Bo Rai, Laem Ngop, Khao Saming dan Mueang Trat.
Penduduk di kawasan berkenaan dilarang meninggalkan kediaman masing-masing antara jam 7 malam hingga 5 pagi keesokan harinya.
Menurut laporan media Thailand, pengumuman itu dibuat susulan insiden pada malam Sabtu apabila tiga bom tangan M79 dilancarkan ke arah ibu pejabat Pasukan Petugas Kor Marin di Wilayah Trat.
Ia dipercayai dilakukan dari dalam wilayah Thailand.
Tiada kecederaan dilaporkan kerana bom tangan itu jatuh di kawasan tidak berpenghuni.
Ini merupakan wilayah kedua yang mengenakan perintah berkurung sejak tercetusnya pusingan terbaharu pertembungan di sempadan Thailand-Kemboja.
Sebelum ini, tentera Thailand telah menguatkuasakan perintah berkurung di empat daerah sempadan di Wilayah Sa Kaeo pada Rabu.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#krisis sempadan
#Thailand
#Kemboja
#perintah berkurung
#tentera thai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan