awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yoon, Biden dijadual lawat pusat operasi Tentera Udara Korea Selatan

Bernama
Bernama
22/05/2022
04:37 MYT
Yoon, Biden dijadual lawat pusat operasi Tentera Udara Korea Selatan
Kedua-dua mereka akan ke Pusat Operasi Udara dan Angkasa Korea Selatan itu di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, terletak 70 kilometer ke selatan Seoul.
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dijadual melawat pusat operasi Tentera Udara pada Ahad, aturcara terakhir kunjungan tiga hari Biden ke Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.
Kedua-dua mereka akan ke Pusat Operasi Udara dan Angkasa Korea Selatan itu di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, terletak 70 kilometer ke selatan Seoul, untuk mendengar taklimat dan memberi sokongan kepada tentera Amerika dan Korea Selatan yang ditempatkan di situ.
Lawatan itu dijangka memberi tumpuan terhadap kesediaan kedua-dua sekutu itu berdepan ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara selepas Yoon dan Biden bersetuju memperluaskan skop latihan ketenteraan bersama ketika sidang kemuncak pada Sabtu.
Biden menjadi presiden AS pertama untuk melawat pusat itu, yang terletak di bawah paras mukabumi dan berfungsi sebagai kubu utama operasi udara dan angkasa lepas, manakala Yoon menjadi presiden Korea Selatan pertama yang berbuat demikian dalam tempoh 13 tahun.
Sebelum itu, Biden dijadualkan bertemu dengan Pengerusi Kumpulan Hyundai Motor Euisun Chung.
Pada Sabtu, syarikat itu mengumumkan rancangan untuk melabur US$5.54 bilion dalam pembinaan kilang pembuatan kenderaan elektrik dan bateri kereta di Georgia, AS.
Biden akan berangkat ke Jepun pada petang Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Yoon Suk Yeol
#Tentera Udara
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan