awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy lantik Andriy Hnatov ketua staf am angkatan tentera Ukraine baharu

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2025
00:45 MYT
Zelenskyy lantik Andriy Hnatov ketua staf am angkatan tentera Ukraine baharu
Zelenskyy berkata tugasnya adalah untuk memaksimumkan pengalaman tempur briged kami dalam merancang operasi defensif dan ofensif. - Foto X/@Maks_NAFO_FELLA
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, telah melantik Mejar Jeneral Andriy Hnatov sebagai ketua staf am Angkatan Tentera Ukraine yang baharu, menggantikan Leftenan Jeneral Anatoliy Barhylevych.
Beliau berkata langkah itu bertujuan mempercepat reformasi ketenteraan negara tersebut.
"Hari ini, saya telah membuat perubahan dalam kepimpinan Angkatan Tentera Ukraine. Bersama Panglima Tertinggi Oleksandr Syrskyi dan Menteri Pertahanan Rustem Umerov, kami memutuskan bahawa Ketua Staf Am yang baharu ialah Andriy Hnatov, seorang yang berpengalaman dalam pertempuran.
"Tugasnya adalah untuk memaksimumkan pengalaman tempur briged kami dalam merancang operasi defensif dan ofensif, serta secara aktif membangunkan sistem kor," katanya.
Pada awal tahun ini, pegawai tentera Ukraine mengumumkan peralihan dari sistem berasaskan briged kepada sistem "kor" dengan unit yang lebih besar.
Perubahan ini bertujuan meningkatkan koordinasi di sepanjang lebih 1,000 kilometer barisan hadapan dan mempercepat proses membuat keputusan.
Dalam perkembangan berkaitan, Zelenskyy juga mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Kanada yang baharu, Mark Carney.
"Saya baru sahaja bercakap dengan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney. Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan beliau terhadap Ukraine, kedaulatan dan integriti wilayah kami, serta penyertaan Kanada dalam usaha bersama dengan rakan-rakan antarabangsa untuk melindungi rakyat kami.
"Ini termasuk membawa keamanan lebih dekat, dan menjamin keselamatan yang kukuh. Kami membincangkan sekatan terhadap Rusia erutamanya yang menyasarkan armada kapal tangki Rusia, bank-banknya, serta skim penjanaan pendapatan negara. Saya turut berbincang dengan Perdana Menteri Carney mengenai hasil mesyuarat menteri-menteri luar G7 dan dokumen akhir yang dikeluarkan dalam mesyuarat itu," katanya.
Awal minggu lepas, Carney, ahli ekonomi dan pendatang baharu dalam arena politik, dilantik sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu menggantikan Justin Trudeau yang mentadbir negara itu selama sembilan tahun.
Topic Berkaitan
#perdana menteri kanada
#Justin Trudeau
#Volodymyr Zelenskyy
#Mejar Jeneral Andriy Hnatov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan