awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 tahun jaga isteri lumpuh, peminat kesal pernah anggap Edika Yusof 'playboy'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/08/2017
05:00 MYT
12 tahun jaga isteri lumpuh, peminat kesal pernah anggap Edika Yusof 'playboy'
n Edika Yusof berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 12 tahun lalu. - Facebook Sinar FM
NAMANYA pernah dipuja peminat. Wajah tampannya ketika itu menjadi igauan ramai.
Dia punya kelebihan untuk menarik perhatian mana-mana wanita. Namun, dia memilih untuk setia kerana sedar harga kesetiaan itu cukup mahal.
Dalam satu temuramah dengan stesen radio Sinar FM, pelakon Edika Yusof berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 12 tahun lalu.
Perkongsian di laman Facebook Sinar FM itu mendapat perhatian ramai pengakuan Edika yang langsung tidak terfikir untuk berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
"Kahwin dua takkan menyelesaikan masalah. Jika ditakdirkan isteri kedua juga lumpuh, bermakna bertambah juga tanggungjawab saya," kata Edika.
Selain rasa simpati, ada netizen yang meluahkan rasa kesal kerana pernah mempunyai tanggapan negatif terhadap Edika.
Edika, di zaman kegemilangannya, sering dianggap 'playboy' dan kasanova kerana gaya dan ketampanannya.
Ditambah pula dengan watak Jefri, lelaki yang cintanya berubah sekelip mata dalam filem box office Maria Mariana, yang dilakonkan Edika, seolah-olah menguatkan lagi tanggapan itu.
Antara luahan yang paling mendapat perhatian adalah dari seorang pengguna Facebook dengan nama Nun Husna.
Seorang lagi pengguna Facebook, Nor, juga tidak ketinggalan meluahkan rasa terharu dengan status berikut.
Kata Nor, dia kagum dengan kekuatan yang dipamerkan Edika walaupun diuji dengan sebegitu hebat.
"Ada suami yang nak tunggu isteri selesai berpantang pun tak mampu.
"Apabila berdepan masalah dan sumber rujukannya adalah Allah, maka Insya Allah terangkatlah darjat seorang hamba," tulis Nor.
Video pengakuan Edika itu telah mendapat 1.4 juta tontonan, dengan lebih 47 ribu perkongsian.
Topic Berkaitan
#Edika Yusof
#Facebook
#isteri
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan