awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aamir Khan dijangkiti selesema babi, dikuarantin bersama isteri

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
07/08/2017
09:56 MYT
Aamir Khan dijangkiti selesema babi, dikuarantin bersama isteri
Pelakon Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao dikuarantin selama seminggu kerana dijangkiti virus Influenza A H1N1.
PELAKON terkenal Bollywood, Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao dikuarantin selama seminggu kerana dijangkiti virus Influenza A H1N1 atau selesema babi.
Kedua-dua mereka kini dirawat di kediaman mereka di Mumbai.
Perkara ini didedahkan oleh pasangan itu menerusi sebuah persidangan video pada majlis ‘Satyamev Jayate Water Cup 2017’ kerana tidak dapat menghadirkan diri.
Difahamkan, Aamir Khan dijadualkan menghadiri acara itu, tetapi terpaksa dibatalkan kerana jangkitan tersebut.
“Kami telah dikesan dengan virus H1N1. Ia dikenali sebagai selesema babi.
“Ia boleh merebak dengan mudah, oleh itu kami perlu dikuarantin selama seminggu,” kata pelakon berusia 52 tahun itu.
Difahamkan, isterinya menerima jangkitan virus itu daripada suaminya.
Susulan itu, peminat mengambil media sosial untuk melahirkan doa dan ucapan cepat sembuh kepada pasangan itu.
@aamir_khan get well soon, wish you and your wife a speedy recovery. #getwellsoon
— Prateek Sabharwal (@sabruprateek) August 7, 2017
@aamir_khan get well soon wishing u and ur wife a speedy recovery god bless
— Ravindra kumar (@smartchap_no1) August 7, 2017
Menurut laporan portal The Hindu, sebanyak 850 kes dan 16 kematian telah dilaporkan di Mumbai pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#Aamir Khan
#Bollywood
#H1N1
#Influenza A
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan