awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aamir Khan nafi beri derma senyap-senyap dalam karung gandum

Agensi
Agensi
05/05/2020
01:54 MYT
Aamir Khan nafi beri derma senyap-senyap dalam karung gandum
Aamir dikatakan meletakkan wang dalam karungan gandum yang didermakan kepada mereka yang terjejas akibat perintah berkurung di India. -Instagram
SEJAK beberapa minggu lalu, nama aktor Bollywood, Aamir Khan menjadi sebutan pengguna laman sosial selepas dia dikatakan menderma sejumlah wang kepada golongan yang memerlukan secara rahsia.
Beberapa entri di laman sosial menyebut nama Aamir sebagai individu yang meletakkan wang dalam karung gandum yang didermakan kepada mereka yang terjejas akibat perintah berkurung di India.
Hal itu walau bagaimanapun ternyata tidak benar apabila Aamir menafikannya menerusi satu kemas kini di Twitter.
Aktor berusia 55 tahun itu menganggap ada kemungkinan namanya digunakan individu yang tidak mahu kerja amal mereka diketahui umum.
"Bukan saya yang memasukkan wang ke dalam karung gandum itu.
"Ini berita palsu, mungkin ada 'Robin Hood' yang tidak mahu mendedahkan siapa dirinya!" tulis Aamir.
Guys, I am not the person putting money in wheat bags. Its either a fake story completely, or Robin Hood doesn't want to reveal himself! Stay safe. Love. a.
— Aamir Khan (@aamir_khan) May 4, 2020
Berita tentang 'derma' yang dibuat Aamir itu dimulakan oleh pengguna TikTok yang mendakwa pelakon Laal Singh Chaddha itu telah mengedarkan puluhan karung gandum kepada golongan kurang berkemampuan dan menyelitkan wang berjumlah Rs15,000 (RM850) di dalamnya.
Berita itu kemudiannya tular dan Aamir menerima pujian ramai kerana melakukan kerja amal secara senyap tanpa sebarang publisiti.
Topic Berkaitan
#Aamir Khan
#Bollywood
#derma
#golongan yang memerlukan
#India
#karung gandum
#kerja amal
#pelakon
#perintah berkurung di India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan