awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron Aziz dituduh berpura-pura sakit

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2013
13:09 MYT
Aaron Aziz dituduh berpura-pura sakit
Walaupun sering dikutuk dan difitnah, pelakon popular Aaron Aziz menganggap semua itu sebahagian dari asam garam dunia hiburan.
Terbaru, Aaron dikatakan berpura-pura sakit ketika mengendalikan program Fear Factor Selebriti Malaysia di Capetown, Afrika Selatan.
Melihat dakwaan tersebut sebagai tidak masuk akal, beliau bagaimanapun redha dengan segala fitnah yang dilemparkan kepada dirinya.
Bagi Aaron tiada gunanya dia menghabiskan duit untuk membayar bil di hospital semata-mata untuk berpura-pura.
“Bodoh lah kalau saya berpura-pura sakit masuk hospital bayar bil sendiri... lagipun di Afrika. Jadi doktor dah sahkan memang saya kena pneumonia... tak apa lah saya suka orang fitnah saya banyak-banyak jadi murah rezeki saya...terima kasih,” kata Aaron dalam satu sidang media.
Beliau juga menyifatkan segala fitnah yang dilemparkan hanya sekadar untuk menjatuhkan kerjayanya yang semakin meningkat.
“Nak jatuhkan saya atau tidak saya serahkan kepada mereka. Saya hanya nak tumpu dengan kerjaya saya dan keluarga saya,” jelas Aaron.
Aaron sebelum ini dilaporkan jatuh sakit dan dimasukan ke hospital Capetown, Afrika Selatan selepas didapati mengidap pneumonia tahap awal ketika penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia.
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#Afrika Selatan
#Fear Factor Selebriti Malaysia
#fitnah
#pura-pura
#sakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan