awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adele tegur peminat kerana merakam konsertnya di Itali

Syafique Shuib
Syafique Shuib
31/05/2016
13:17 MYT
Adele tegur peminat kerana merakam konsertnya di Itali
Penyanyi Adele telah menegur seorang peminat yang sedang merakam konsertnya 'Adele Live 2016'. -REUTERS/Lucy Nicholson/Files
PENYANYI Adele telah menegur seorang peminat yang menghadiri siri jelajah konsert ‘Adele Live 2016’ kerana merakam konsert tersebut menggunakan kamera video.
Menerusi video yang telah dimuat naik di YouTube, Adele kelihatan tidak begitu gembira kerana peminat itu turut menggunakan tripod untuk merakam konsert yang berlangsung di Verona, Itali.
“Saya mahu memberitahu wanita itu untuk berhenti merakam kerana saya memang di sini. Anda boleh menikmati konsert ini di depan mata dan bukan menerusi skrin kamera.
“Bolehkah anda turunkan tripod anda juga. Ini bukan DVD, ini konsert sebenar. Saya mahu anda betul-betul terhibur dengan konsert saya kerana ramai di luar sana tidak boleh masuk,” kata Adele kepada wanita itu dan terus mendapat sorakan dari peminat-peminatnya yang lain.
Beliau kemudian ke belakang namun menerusi paparan skrin di atas pentas, riak wajah menunjukkan Adele tidak gembira.
Adele kini berada di Eropah untuk siri jelajah konsertnya.
Sebelum ini, beliau telah melancarkan single terbarunya, Send My Love (To Your New Lover).
Topic Berkaitan
#Adele
#Kini Trending
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan