awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Adik hebat, kuat bertarung nyawa...' - Anak Azizul Haqim meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru

Gempak
Gempak
10/10/2019
08:00 MYT
'Adik hebat, kuat bertarung nyawa...' - Anak Azizul Haqim meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru
Menurut Azizul, doktor memaklumkan Aulia terkena jangkitan kuman di paru-paru selepas beberapa jam dilahirkan. - Foto Astro GEMPAK
PENYANYI kelahiran 3 Juara, Azizul Haqim berkongsi berita duka mengenai pemergian puteri kesayangannya, Aulia Irdina pada Isnin lalu (7 Oktober).
Menurut Azizul, doktor memaklumkan Aulia terkena jangkitan kuman di paru-paru selepas beberapa jam dilahirkan.
Berita sedih itu dimaklumkan menerusi Instagram TV miliknya.
"Aulia Irdina Binti Azizul Haqim (3.10.19 - 7.10.19)
"Al-Fatihah buat anak syurga mummy dan babah ni yang cantik ni.. Adik sentiasa hidup dalam hati mummy dan babah.
"Aulia Irdina Binti Azizul Haqim nama adik. Adik lahir sihat, cantik, sempurna sebagai seorang srikandi Islam.
"Allah uji Ami dan Babah bila doktor maklumkan adik ada jangkitan kuman di paru-paru beberapa jam selepas adik lahir.
"Adik hebat dan kuat sangat bertarung nyawa beberapa hari di NICU.. Sampai takdir Allah berkata adik akan hidup di taman syurga-Nya terlebih dahulu.
"Sungguh mummy dan babah rindu tapi mummy dan babah selalu reda dan tak sabar jumpa adik kat syurga nanti.
"Terima kasih sebab adik ajar mummy dan babah erti kuat, sabar, tabah, reda dan erti sebenar syukur.. Sayang dan cinta adik selalu," tulisnya.
Berita sedih ini turut mengundang sebak di kalangan rakan artis yang turut sama mengucapkan takziah menerusi laman IG masing-masing.
Semoga Azizul dan isteri tabah menghadapi ujian ini. Takziah daripada kami.
View this post on Instagram
Salam semua. Mohon doakan anak saya dan isteri, AULIA IRDINA BINTI AZIZZUL HAQIM dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan. Mudah-mudahan dengan doa anda semua dpt meringankan beban anak saya, dan semoga Allah memberi keajaiban dan kesembuhan buat anak saya yang saya cintai. Terima kasih untuk doanya. Babah ngn Ami syg sgt dengan adik ❤❤❤
A post shared by | AZIZUL HAQIM | (@azizulhaqim_official) on
Oct 6, 2019 at 2:47pm PDT
View this post on Instagram
Syg nya Babah ngn Ami dekat adik. Tp Babah ngn Ami redhakan adik. Terima kasih Allah atas pinjaman berharga ini kepada kami berdua, walau cuma 4 hari sahaja. Babah puas dpt mandikan dan kafankan adik. Adik wangi sangat, senyum je td masa dimandikan dan dikafankan. Sampai jumpa Babah ngn Ami di syurga Allah. Babah sentiasa rindukan adik. I Love U Sayang Aulia Irdina 03.10.2019 - 07.10.2019 ❤
A post shared by | AZIZUL HAQIM | (@azizulhaqim_official) on
Oct 6, 2019 at 11:19pm PDT
Topic Berkaitan
#Aulia Irdina
#Azizul Haqim
#Instagram
#jangkitan kuman paru-paru
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan