awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air mata Awie, Pekin gugur kenang Allahyarham Mamat Khalid

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/10/2021
09:04 MYT
Air mata Awie, Pekin gugur kenang Allahyarham Mamat Khalid
Awie dan Pekin tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kenangan bersama pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid. - Astro AWANI
IPOH: “I love you…”
Demikian mesej Allahyarham Mamat Khalid kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie.
Awie yang tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kenangan bersama pengarah tersohor itu berkata, Allahyarham Mamat tidak pernah menghantar mesej sedemikian kepadanya.
Selain itu, pelakon filem Hantu Kak Limah itu berkata, Allahyarham jugalah satu-satunya individu menafikan bahawa Awie seorang yang sombong.
“Pertama sekali apabila dia membawa saya menjadi Husin (watak dalam filem Hantu Kak Limah), dia cakap ‘tak betul apa yang orang cakap fasal kamu Husin’. Dia panggil saya Husin sampai hari ini.
“Orang kata kamu ini berlagak, sombong… kamu tak (sebenarnya). Sejak itu lah kami berbaik dan bermesra seperti adik (dan) abang.
“Saya sepenuh hati mengucapkan terima kasih kepada abang Mamat yang membentuk (bakat lakonan)…” cerita Awie sebelum dilihat tidak mampu menahan sedih lalu menangis.
Berkongsi lanjut, pelantun lagu Iris itu berkata beliau menerima panggilan mengenai berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid sekitar pukul 1 pagi.
Ketika itu beliau sedang menjalani penggambaran, dan tidak sempat menjawab panggilan tersebut.
“Bila saya tengok balik, dua kali panggilan tidak dijawab dari Perak. Bila saya tengok (panggilan) dari Perak, saya dah rasa ada sesuatu yang tak ‘best’.
“…. Susah saya (macam) tak percaya. Hubungan dengan abang Mamat ini saya sudah anggap seperti abang. Banyak yang saya pelajari daripadanya,” ujar Awie lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Mengenang Mamat Khalid
Dalam masa yang sama, Awie menyifatkan Allahyarham sebagai seorang periang dan 'cool' walaupun raut wajahnya seolah-olah garang.
Ujar beliau lagi, lagenda filem Melayu itu adalah penghibur di kala ada yang berdepan bermasalah di lokasi penggambaran.
Selain Awie, pelakon dan penerbit, Pekin Ibrahim antara selebriti yang turut tidak dapat menahan sebak berikutan kehilangan seorang idola dalam industri seni tanah air.
“Dia macam ayah sendiri… sangat terasa kehilangan dia. Dia antara orang terawal yang mengambil Pekin untuk filem.
“Dia selalu pesan, kalau kau dah fokus filem, tak payah drama lagi… Itu yang Pekin pegang apa yang dia cakap.
“Jadi, setiap kali Pekin buat penggambaran drama, akan WhatsApp kepada dia…,” luah pengarah filem Mat Moto itu.
Topic Berkaitan
#Awie
#Mamat Khalid
#Hantu Kak Limah
#Husin
#Mohamad Mohamad Khalid
#Pekin Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan