Penyanyi terkenal, Alif Satar menasihati orang ramai khususnya pencinta seni agar tidak terlalu taasub dengan artis kesayangan mereka sehingga mencetus pelbagai sentimen tidak sihat.
Menurut pengacara program Big Stage itu, tidak ada salahnya utuk seseorang meminati bintang pujaan mereka, namun, biarlah perasaan itu dikawal dengan sebijak yang mungkin termasuk tingkah laku.
"Itu adalah perkara yang sangat kelakar bagi saya. Instagram tidak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius.
"Padahal apa yang saya katakan lagu Boy With Luv dinyanyikan seramai lapan orang, itu memang betul pun. Tetapi janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif," ujar Alif lagi.
BACA:Salah sebut info? BTS Army meradang, serang Alif Satar!
Personaliti ternama itu berkata demikian sebagai mengulas tindakan segelintir peminat setia kumpulan K-Pop ternama dunia, BTS yang 'meradang' apabila Alif kononnya tersalah menyebut informasi mengenai lagu nyanyian band berkenaan.
Pada konsert separuh akhir Big Stage 2019 minggu lalu, Alif berkongsi info menyatakan bahawa lagu Boy With Luv yang disampaikan Han Byul dinyanyikan lapan orang artis.
Bagaimanapun, maklumat itu dikecam kumpulan peminat BTS Army menyatakan bahawa kumpulan itu dianggotai tujuh orang ahli.
Padahal, lagu itu sememangnya dinyanyikan seramai lapan penyanyi yang mana tujuh daripadanya ahli kumpulan BTS berkolaborasi bersama penyanyi Amerika Syarikat, Halsey.
Dalam masa sama, Alif berkongsi pengalamannya sendiri sebelum bergelar artis seperti hari ini, dia juga mempunyai selebriti kegemaran, namun ketaksubannya tidak sampai ke peringkat melampau.
"Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taasub!" katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert amal Countless Blessing di Pavilion Kuala Lumpur semalam.
Pada konsert separuh akhir Big Stage 2019 minggu lalu, Alif berkongsi info menyatakan bahawa lagu Boy With Luv yang disampaikan Han Byul dinyanyikan lapan orang artis.
Sementara itu, Alif menyatakan rasa teruja apabila bakal berkolaborasi bersama kumpulan nasyid legenda tanah air, Raihan dalam konsert yang akan diadakan pada 2 November depan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Konsert amal itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM450,000 untuk disalurkan kepada beberapa pertubuhan berkaitan Islam antaranya Sekolah Islam Al Huda, MERCY Malaysia dan Persatuan Pemulihan Kesan Sosial Malaysia.
Tiket konsert dijual dengan harga RM115, RM305, RM405 dan RM690 secara dalam talian My Ticket Asia.
Gempak
Fri Oct 04 2019
Alif Satar menasihati masyarakat agar jangan terlampau taasub meminati artis sehingga mencetus suasana kurang sihat khususnya di laman media sosial.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Aidiladha: Hayati nilai pengorbanan, ketaatan dan kebersamaan dalam beribadah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam esok bukan sekadar perayaan sebaliknya hari untuk menghayati nilai-nilai pengorbanan.
Dia banyak muat naik status berkenaan akhirat - Bapa
Menurut bapa mangsa, Mohd Radhi Kamaruddin, 49 tahun, anaknya berada di tebing sungai ketika melihat kelibat dua rakannya hampir lemas.
Buat amal jangan harap disanjung tetapi untuk ganjaran di akhirat - Mufti
Seseorang yang banyak menabur bakti dengan pelbagai amalan baik jangan kecewa jika segala jasa dan sumbangan mereka cepat dilupai.
"Akhirat nanti tak ditanya nama setiap anggota BTS" - Alif Satar
Berpada-padalah kalau meminati artis sekalipun...
'Selepas dapat nasihat daripada ustaz, saya terima, kerana ingin berdakwah' - Ali XPDC
Setelah 9 tahun akhirnya XPDC kembali dengan buah tangan terbaharu.
Mohd Shukri diminta ingat kembali ucapannya
Zamil berkata, Mohd Shukri ketika itu meminta anggota SPRM agar menjalankan tugas dengan baik kerana bakal disoal di akhirat.
Umat Islam perlu hayati toleransi agama - TPM
Toleransi agama perlu dihayati dan diterapkan dalam kalangan umat Islam agar agama itu tidak dipandang serong, dicurigai atau ditakuti umat manusia, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.