awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis, penghibur Harry Belafonte meninggal dunia pada usia 96 tahun

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2023
04:00 MYT
Aktivis, penghibur Harry Belafonte meninggal dunia pada usia 96 tahun
Mendiang meninggal dunia pada pagi Selasa akibat kegagalan jantung. - Foto REUTERS
PENYANYI, penulis lagu dan pelakon Harry Belafonte meninggal dunia pada usia 96 tahun.
Menurut pegawai serantanya, Ken Sunshine, mendiang meninggal dunia pada pagi Selasa akibat kegagalan jantung.
"Mendiang meninggal dunia di rumahnya di New York akibat kegagalan jantung di samping isterinya Pamela," katanya.
Belafonte, atau nama sebenarnya Harold George Belafonte Jr, dilahirkan pada 1 Mac 1927 di New York, Amerika Syarikat (AS).
Beliau digelar sebagai 'Raja Calypso' selepas kejayaan lagu 'The Banana Boat Song (Day-O)' pada tahun 1956.
Mendiang juga menjadi pelakon filem selepas mengambil bahagian dalam musikal Broadway 'Carmen Jones'.
Namun sumbangan terbesarnya berlaku di luar dunia hiburan.
Mendiang aktif dalam pergerakan hak sivil.
Belafonte merupakan rakan karib Martin Luther King Jr yang sering mengunjungi rumah Belafonte di New York bagi mengatur cara pergerakan hak sivil yang disertai mereka.
Akibat kemiskinan, Belfonte terpaksa berhenti sekolah dan mencari kerja bagi membiayai keluarganya.
Dia kemudian menyertai Angkatan Tentera Laut AS pada tahun 1944 namun tidak pernah ditugaskan di medan perang.
Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, Belafonte menceburi bidang hiburan dan menyertai kelas lakonan.
Antara rakan sekelasnya ialah Marlon Brando, Tony Curtis dan Bea Arthur.
Mendiang juga menyanyi di kelab malam dan pernah menyertai kumpulan jazz bersama Charlie Parker dan Max Roach.
Sebagai pelakon, Belafonte pernah memenangi Anugerah Tony untuk lakonannya dalam Broadway dan menjadi pelakon kulit hitam pertama memenangi anugerah Emmy pada tahun 1959.
Topic Berkaitan
#Harry Belafonte
#meninggal dunia
#kegagalan jantung
#Raja Calypso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan