awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...

Gempak
Gempak
11/12/2023
00:29 MYT
All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
All Stars Gegar Vaganza menyaksikan juara GV9, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai pemenang utama yang memenangi hadiah wang tunai RM200,000 dan trofi emas GV. - Foto Gempak
PENGURUS Saluran Astro Ria, Idlan Zahari mengulas mengenai tiadanya pengumuman tempat kedua hingga kelapan pada finale All Stars Gegar Vaganza.
Jelas Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.
“Ini finale kita, nak fokus pada pemenang,” jawabnya ringkas.
Bagaimanapun, markah setiap bintang yang berentap pada pusingan akhir diumumkan pada sidang media yang berlangsung selepas acara.
Berikut merupakan markah penuh semua bintang finale All Stars Gegar Vaganza:
All Stars Gegar Vaganza menyaksikan juara GV9, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai pemenang utama yang memenangi hadiah wang tunai RM200,000 dan trofi emas GV.
Pakej Percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan Baucer Dekorasi Ruangan sumbangan Ritz Reka.
Dalam pada itu, terdapat anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Boss Susu diberikan kepada Naqiu dan pemenang membawa wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan Farm Fresh.
Kesemua finalis akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan Kaki Jalan dan trofi Gegar Vaganza.
Kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka.
Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan pula adalah ratu rock negara, Ella.
Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.
Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Topic Berkaitan
#All Stars Gegar Vaganza
#Astro Ria
#Idlan Zahari
#markah penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan