HIBURAN
Anak didakwa kena tampar pelakon popular, Pasha Ungu minta penjelasan

Pasha Ungu luah rasa kesal apabila anak lelakinya yang juga pelakon, Kiesha Alvaro telah menjadi mangsa kekerasan di set pengambaran. - Gempak
PENYANYI, Pasha Ungu meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya yang juga pelakon, Kiesha Alvaro telah menjadi mangsa kekerasan di set pengambaran.
Ringkasan AI
- Pasha Ungu mendakwa anaknya, Kiesha Alvaro, ditampar oleh pelakon Dimas Anggara ketika di lokasi penggambaran, dan menuntut penjelasan serta tanggungjawab daripada pihak produksi.
- Bekas isteri Pasha, Okie Agustina, turut mengesahkan kejadian tersebut, menyatakan ia bukan gimik dan berlaku di luar skrip ketika sesi blocking.
- Setakat ini, Dimas Anggara dan pihak produksi belum mengeluarkan kenyataan rasmi, manakala Pasha secara terbuka mencabar Dimas untuk bertemu dan menjelaskan insiden itu.
Dalam pada itu, Pasha turut meminta pihak produksi untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi.
Pasha turut mengingatkan bahawa lokasi pengambaran seharusnya bebas daripada tindakan kekerasan.
"Saya minta PH Screenplay untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas kejadian terhadap Kiesha.
"Lokasi pengambaran seharusnya aman dari tindakan kekerasan siapa pun tidak kira apa terutamanya pelakon," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti lain menyatakan perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi dan mendoakan agar masalah itu dapat di selesaikan dengan baik. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami