awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Akademi: 'Black Panther' filem adiwira pertama tembusi senarai Filem Terbaik

Agensi
Agensi
23/01/2019
00:56 MYT
Anugerah Akademi: 'Black Panther' filem adiwira pertama tembusi senarai Filem Terbaik
Black Panther tebus kekecewaan The Dark Night pada 2010. - IMDB.com
CALON akhir Anugerah Akademi ke-91 telah diumumkan pada Selasa, dengan Black Panther mencipta sejarah sebagai filem adiwira pertama berjaya memasuki senarai akhir kategori Filem Terbaik.
Ia disifatkan berjaya menebus kekecewaan filem The Dark Night arahan Christopher Nolan pada 2010, yang gagal menembusi senarai itu.
Roma, filem original Netflix berkisarkan kisah hidup Alfonso Cuarón di Mexico, dan The Favorite, sebuah dramedy berlatar belakangkan era pemerintahan Ratu Anne pada abad ke 18, menerima pencalonan terbanyak dengan sepuluh pencalonan.
The Favorite juga menyertai Black Panther, Bohemian Rhapsody, Green Book, Roma, A Star Is Born dan Vice dalam senarai Filem Terbaik.
Pemerhati berpendapat saingan sengit dalam perebutan Oscar tahun ini apabila tiada calon yang disebut-sebut sebagai calon favourite.
Antara yang menjadi perhatian adalah persaingan Glenn Close untuk peranannya dalam filem The Wife dan Lady Gaga untuk lakonannya dalam A Star Is Born.
Rami Malek yang cemerlang sebagai Freddy Mercury dalam Bohemian Rhapsody, bakal bersaing dengan Bradley Cooper (A Star Is Born), Willem Defoe (At Eternity’s Gate), Viggo Mortensen (Green Book), Christian Bale (Vice) untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
Anugerah Akademi ke-91 akan berlangsung pada 24 Februari depan.
Topic Berkaitan
#A Star Is Born
#Anugerah Akademi
#Black Panther
#Bohemian Rhapsody
#calon
#filem
#Lady Gaga
#Oscar
#Rami Malek
#Roma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan