Anugerah 'Golden Bear' untuk Michelle Yeoh

Michelle Yeoh akan menerima anugerah pencapaian seumur hidup 'Golden Bear' pada Festival Filem Antarabangsa Berlin 2026. - Foto Berlinale
BINTANG Hollywood Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akan menerima anugerah pencapaian seumur hidup 'Golden Bear' pada Festival Filem Antarabangsa Berlin 2026.
Ringkasan AI
- Tan Sri Michelle Yeoh akan dianugerahkan pencapaian seumur hidup 'Golden Bear' di Festival Filem Antarabangsa Berlin 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam dunia perfileman.
- Beliau dikenali melalui filem aksi Asia seperti Yes, Madam dan Police Story III, serta mencapai kejayaan global menerusi Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Everything Everywhere All at Once yang memenangi Oscar.
- Anugerah berprestij ini meletakkan Michelle sebaris dengan tokoh filem terkenal seperti Meryl Streep dan Steven Spielberg, mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon seni persembahan antarabangsa.
"Kehadirannya yang unggul, pilihan seni yang berani dan gaya uniknya telah meninggalkan kesan mendalam kepada generasi pembuat filem dan peminat di Berlinale serta di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan di sini.
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, Michelle mula dikenali melalui filem-filem seperti Yes, Madam, Royal Warriors, Police Story III, dan Wing Chun, menjadikannya salah satu ikon utama aksi dan seni mempertahankan diri Asia.
Kejayaannya di peringkat antarabangsa tercapai pada 1997 menerusi filem James Bond Tomorrow Never Dies selain persembahan ikoniknya dalam Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Everything Everywhere All at Once sekali gus memenangi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik pada 2023.
Kini, Michelle menggalas watak Madame Morrible dalam filem muzikal Wicked: For Good yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.
Anugerah 'Golden Bear' sebelum ini pernah dianugerahkan kepada Helen Mirren, Martin Scorsese, Meryl Streep, Steven Spielberg dan Tilda Swinton. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


