SHARIFUDDIN Bujang bukan seorang artis popular. Dia hanya seorang pemuda biasa yang juga bekas perokok tegar.
Dia mula merokok sejak di sekolah rendah lagi, namun mula menghentikan tabiat buruk itu selepas menyedari tentang bahaya rokok kepada kesihatan.
Sharifuddin, 31, atau Pak Din, juga pernah mencuba rokok elektronik atau vape hanya semata-mata untuk menjauhkan diri daripada rokok.
Namun, dia tidak dapat bertahan lama dengan vape dan kembali merokok.
Bagaimanapun, berkat kecekalan selain bercita-cita untuk membebaskan diri daripada terus merokok, Pak Din berjaya melakukannya.
Apa yang menariknya mengenai Pak Din ialah, kejayaan itu tidak hanya buat dirinya seorang, sebaliknya, dia turut berkongsi pencapaiannya itu dengan perokok lain yang juga mempunyai keinginan seruppa.
Sedar tak sedar, Pak Din sudah berjaya 'mempengaruhi' lebih 60,000 perokok untuk kembali menjalani kehidupan yang sihat.
Bagaimana cara yang dilakukan oleh Pak Din sehingga membuatkan ramai yang mahu mengikut jejak langkahnya?
Sebetulnya, Pak Din tampil dengan peranti berjenama NCIG sejak Januari lalu.
Produk berkenaan dipasarkannya selepas melalui pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain mencubanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memasarkannya.
"Saya guna sendiri NCIG dan merupakan pengguna pertama untuk melihat sejauh mana keberkesanannya dalam menghilangkan ketagihan merokok.
"Alhamdulillah selepas setahun menggunakan peranti ini saya berjaya meninggalkan rokok sepenuhnya dan barulah berasa yakin untuk dijual kepada umum," katanya.
Secara peribadi, Pak Din tidak pernah menjangka peranti yang dipasarkannya itu mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.
Sejak mula dipasarkan di Malaysia, peranti berkenaan sudah terjual sebanyak 60,000 unit.
Kata Pak Din, sambutan luar biasa itu membuktikan ramai perokok tegar ingin meninggalkan tabiat buruk itu namun ramai gagal melakukannya disebabkan tiada kesungguhan selain produk di pasaran tidak sesuai dengan mereka.
Bercakap mengenai produknya itu, Pak Din berkata, produk itu dibangunkan sepenuhnya di tempat kelahirannya, Tampin, Negeri Sembilan manakala pemasangan dibuat di China.
Masih belum berpuas hati dengan perkembangan NCIG, Pak Din berkata, dia mempunyai misi tersendiri iaitu mensasarkan sejuta perokok tegar beralih daripada rokok biasa kepada peranti elektronik.
Adalah menjadi harapan Pak Din untuk membantu masyarakat berhenti merokok selain menjadikan peranti elektronik sebagai trend memandangkan ia lebih selamat dan dapat membantu menghilangkan ketagihan rokok.
"Harapan saya sangatlah besar iaitu ingin melihat lebih sejuta perokok berubah kepada NCIG dan menjalani gaya hidup sihat sebelum menjelang tahun 2020,” ujarnya yang bakal membuka cawangan pertama di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini.
Selepas melakar kejayaan di tanah air sendiri, NCIG tidak menunggu lama untuk melebarkan sayapnya ke negara jiran iaitu Indonesia.
Malah bagi fasa pertama, pihaknya sudah memasarkan 10,000 unit peranti itu dan mendapat respons positif daripada pelanggan.
"Sasaran kami di Indonesia juga menjangkau satu juta unit starter kit kerana permintaan pasaran yang tinggi terutama bagi mereka yang ingin berhenti merokok.
"Komitmen kami sangat tinggi demi membangun produk ini. Kami kini dalam perancangan untuk membangunkan kilang di Bandung," ujarnya lagi.
Gempak
Fri Apr 26 2019
Pak Din memperkenalkan peranti istimewa untuk membantu perokok tinggalkan tabiat buruk itu.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
"Rasa bersalah dengan anak" genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berhenti merokok.
Berhenti merokok: Salur maklumat tepat, bukti saintifik bantu perokok - Kajian
Kajian itu turut mendapati usaha mengurangkan kadar perokok menjadi antara perkara penting melibatkan isu kesihatan awam.
Berhijrahlah! Berhenti daripada merokok
Isu merokok merupakan satu isu penting pada masa kini kerana berjuta-juta orang telah menjadi ketagih terhadap bahan terbabit termasuk umat Islam sendiri.
Apa Pak Din buat sampai 60,000 perokok berhenti merokok?
Sasaran Pak Din satu juta perokok akan tinggalkan rokok selepas ini!
Lima juta rakyat Malaysia perokok berusia 18 tahun ke atas - KKM
Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata golongan itu menyumbang kira-kira 20,000 kematian pramatang dan komplikasi merokok setiap tahun.
Siapa Obama takut?
CNN melaporkan pengakuan tersebut dirakam oleh kamera di Perhimpunan Agung PBB ketika perbualan antara Obama dan Maina Kiai.