Pasti hanya yang terbaik dari Astro untuk tontonan anda sekeluarga di raya keempat.

Astro Ria

Telefilem Jihan Tak Nak Balik Raya lakonan Jihan Raja Lawak akan menemui anda pada sebelah pagi raya keempat. Mengisahkan Jihan, seorang wanita bekerjaya yang sangat benci akan Hari Raya terutamanya kerana dia masih belum berumahtangga walaupun sudah berumur 27 tahun.

Astro Prima

Rancangan hiburan PRIMAdona yang diacarakan oleh Rozita Che Wan, Erra Fazira dan Raja Azura kali ini akan membawakan topik “Raya Pertamaku”

Astro Citra

Filem Happy Feet yang menggunakan suara bintang-bintang seperti Elijah Woods, Robin William dan Britanny Murphy akan menemui anda pada pukul 9 pagi. Ia mengisahkan Mumble, seekor penguin yang comel cuba sedaya upaya untuk menjadi penyanyi yang terkenal tetapi malangnya tidak mempunyai suara yang merdu.

Astro Warna

Astro Warna membawakan telefilem komedi Pian Kenan Balik Raya yang dilakonkan oleh Ajak Shiro. Berkisarkan tentang Pian, seorang pemuda berpenyakit Tourette yang dibuang kampong dan ingin mencari kerja. Pian memahami sindrom Tourette dan bagaimana mengubatinya bagi membuktikan pada masyarakat yang orang berpenyakit sepertinya juga boleh berjaya.

DI sebelah malam rancangan Warna Raya 2013 akan menemui anda yang menghimpunkan para pelawak tanah air dalam program Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega di dalam satu program yang berkaitan dengan Hari Raya. Program yang diadaptasi dari cerita 3 Abdul ini menampilkan seorang dalang yang dilakonkan oleh AC Mizal.

Saluran Bintang

Istimewa Konsert Setia Band akan menemui anda pada pukul 12 tengah hari yang menggabungkan kumpulan seperti Setia Band, Judika, Piyu dan Indro.