TIKET konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) pada Ahad ini yang berharga RM1,000 sudah habis dijual.
Selain tiket VIP bernilai RM1,000, tiket-tiket berharga RM380 dan RM300 juga habis sejak ia dijual pada 6 Disember lalu.
Menerusi pemerhatian Astro Gempak, walaupun ada sesetengah pihak yang merungut mengenai harga tiket, namun para peminat pertandingan realiti tersebut sanggup untuk membeli tiket semata-mata mahu memberi sokongan kepada peserta kegemaran mereka.
Sambutan daripada penonton juga amat menggalakkan dan luar biasa pada musim kedua Gegar Vaganza ini.
Bagaimanapun tiket berharga RM250 dan RM200 masih dibuka untuk pembelian.
Setiap pembelian tiket turut disertakan dengan beberapa hadiah sampingan seperti baju T, kupon selain beberapa barangan istimewa GV2.
Pada konsert final GV2 Ahad ini, penonton dan peminat setia yang hadir menyaksikan siaran langsung GV2 di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bakal disajikan persembahan ekslusif dan istimewa.
Enam peserta mara ke peringkat akhir ialah Siti Nordiana, Farahdhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong dan Ezad.
Kesemua enam finalis diberi dua cabaran iaitu menyanyi secara solo dan battle sebelum di angkat sebagai juara GV2 serta membawa pulang RM100,000 dan sebuah single terbaru terbitan Astro.
Jangan lupa saksikan pentas akhir GV2 pada Ahad ini yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Ria HD (123) bermula pukul 9 malam.
Gempak
Wed Dec 09 2015
Selain tiket VIP bernilai RM1,000, tiket-tiket berharga RM380 dan RM300 juga habis sejak ia dijual pada 6 Disember lalu.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv
Borak SeeNI kini bersiaran di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi bagi membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.
Usah bandingkan kami dengan siri asal 'Temptation of Wife' - Nad Zainal, Fasha Sandha
Nad Zainal dan Fasha Sandha akui teruja, namun masih ada rasa takut dalam memainkan watak dalam drama "Dendam Seorang Isteri".
Antara banyak bantuan yang berjaya disampaikan, Ebit Lew masih ralat...
Menjadi figura yang sangat terkenal dengan kerja amal Ustaz Ebit Lew kini memiliki program keduanya di kaca televisyen iaitu Jejak Ebit Lew.
'My Buskers' julang budaya seni muzik jalanan
Program 11 episod itu bakal bersiaran selama satu jam bermula 12 Disember ini pada pukul 9 malam.
Kupas topik kehamilan, Fad & Sya pengacara rancangan Pa & Ma musim ke-4
Bagi musim keempat, rancangan Pa & Ma mengupas topik-topik kehamilan dari trimester pertama hingga ketiga dan berkongsi pandangan bersama pakar, komuniti dan kumpulan sokongan.
Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia
Anugerah yang berjaya dimenangi adalah kategori program berita terbaik melalui program Malaysia Memilih (9 &10 Mei) dan penyampai berita terbaik, Kamarul Bahrin Haron.
"Asyik nak makan cheese" - Ozlynn dedah pengalaman hamil anak kelima
Pelakon Ozlynn mendedahkan dia berdepan pengalaman lebih sukar sepanjang lima bulan pertama kandungan kelimanya.
Dari Dendam Aurora ke Syurga Yang Kedua, Astro Prima janji terus saji drama terbaik
Selepas drama Dendam Aurora melabuhkan tirai, Astro Prima meneruskan sajian drama hebat dengan adaptasi sinetron, Syurga Yang Kedua lakonan Zaul Husin, Fasha Sandha dan Siti Elizad.
Gegar Vaganza: Nassier Wahab kerja keras, tidak peduli kata negatif
Sejak awal lagi kemunculan Nassier Wahab sebagai peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), dipertikai sesetengah peminat program realiti popular tersebut.
Gegar Vaganza: Sambutan luar biasa, tiket RM1,000 habis dijual
Tiket konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) pada Ahad ini yang berharga RM1,000 sudah habis dijual.