awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi RAKU tawar kandungan berciri Islamik sepanjang Ramadan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
27/06/2015
02:57 MYT
Aplikasi RAKU tawar kandungan berciri Islamik sepanjang Ramadan
RAKU boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App store atau dengan melayari Raku.my.
Sempena Ramadan dan Aidilfitri, aplikasi penstriman audio peribadi gaya Malaysia, Radio Aku (RAKU) menawarkan kandungan istimewa berciri Islamik hasil kesinambungan kempen #kosongkosong tahun ini.
Antara kandungan tersebut ialah audio bacaan Al-Quran yang lengkap.
Selain itu, RAKU turut menawarkan senarai audio khas Ramadan berbentuk podcast dan audio yang diterbitkan oleh Sinar FM dan THR Gegar.
Menurut Ketua Kandungan RAKU, Rithan Vijay, aplikasi ini turut menyediakan stesen Radio Raya di mana pendengar boleh merakam dan menghantar dedikasi kepada RAKU yang akan diselangselikan dengan dendangan lagu raya.
Sementara itu, pengurus saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata dengan kerjasama ini, para pengguna RAKU juga dapat mengikuti 'Projek Ngaji' Astro Oasis sepanjang Ramadan.
Pengguna RAKU diberi pilihan sama ada menggunakannya secara percuma atau melalui pakej premium bernilai RM14.90 sebulan untuk kesan bunyi yang lebih hebat.
Dengan sejumlah 80,000 muat turun sejak dilancarkan pada 17 April lalu, RAKU boleh didapati di Google Play dan Apple App store atau dengan melayari Raku.my.
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#aplikasi
#Oasis
#Raku
#Ramadan
#Sinar FM
#THR Gegar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan