awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
[TERKINI] Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ARMY teruja! Penyanyi utama Coldplay hadiahkan gitar kesayangan buat Jin BTS

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2021
08:05 MYT
ARMY teruja! Penyanyi utama Coldplay hadiahkan gitar kesayangan buat Jin BTS
Chris Martin menghadiahkan sebuah gitar miliknya kepada salah seorang anggota kumpulan K-pop terkenal, BTS, Kim Seok-Jin. - Gambar Twitter @BTS_twt
PENYANYI utama kumpulan rock Britain, Coldplay, Chris Martin mencetuskan perbualan hangat di media sosial apabila menghadiahkan sebuah gitar miliknya kepada salah seorang anggota kumpulan K-pop terkenal, BTS, Kim Seok-Jin atau Jin.
Gitar itu digunakan Martin pada konsert Global Citizen Live di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Gambar pemberian itu dimuat naik di Twitter rasmi BTS dan mendapat lebih 2 juta tanda suka dari peminat kumpulan asal Korea itu yang lebih dikenali sebagai ARMY.
Pemberian hadiah istimewa itu selepas Jin dilaporkan telah memuji gitar milik Martin dan mengatakan ia sangat menarik.
Malah lebih manis, Martin turut menulis ‘Worldwide Handsome Jin’ pada gitar berkenaan, iaitu gelaran mesra ARMY buat Jin yang pernah mendapat gelaran lelaki paling tampan di dunia.
Rata-rata peminat juga tersentuh dengan kebaikan Martin terhadap Jin.
Malah, ada yang 'cemburu' dengan keserasian antara kedua-dua selebriti popular itu.
Sementara itu Coldplay baru sahaja melancarkan Single terbaharu kumpulan itu bertajuk 'My Universe' yang turut menampilkan BTS.
Ia adalah salah sebuah lagu yang bakal diselitkan dalam album kesembilan kumpulan Coldplay bertajuk Music of the Spheres yang bakal dilancarkan 15 Oktober ini.
Chris Martin . ! pic.twitter.com/VTpw7AKFVc
— (@BTS_twt) September 24, 2021
BTS UNGA | Buat pilihan untuk perubahan yang baik - BTS
Topic Berkaitan
#Britain
#Twitter
#Coldplay
#Chris Martin
#Kpop
#BTS
#Kim Seok-jin
#Jin BTS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan