awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro sediakan kandungan menarik sempena Maulidur Rasul

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
28/10/2020
03:10 MYT
Astro sediakan kandungan menarik sempena Maulidur Rasul
Antara kadungan menarik yang disediakan untuk anda sempena Maulidur Rasul tahun ini adalah Life & Love with Lisa, Punchline DAC: Istimewa Maulidur Rasul dan telefilem Iman Hakiki yang diterajui oleh Hisham Hamid dan Atita Haris.
PADA 29 Oktober 2020, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW.
Sempena dengan sambutan tersebut, Astro berbesar hati mempersembahkan pelbagai pengisian menarik dari saluran Oasis, NAURA dan Warna.
Antara kandungan menarik yang disediakan untuk anda sempena Maulidur Rasul tahun ini adalah ‘Life & Love with Lisa’, ‘Punchline DAC: Istimewa Maulidur Rasul’ dan telefilem ‘Iman Hakiki’ yang diterajui oleh Hisham Hamid dan Atita Haris.
Pada masa sama, Astro juga menyediakan kandungan-kandungan menarik di platform digital My Salam Muslim.
Anda boleh menyaksikan sketsa Cara Kita vs Cara Sunnah yang menunjukkan perbandingan cara orang biasa menjalani situasi atau rutin harian berbanding cara mengikut sunnah Nabi Muhammad.
Bukan itu sahaja, My Salam Muslim juga akan menayangkan video muzik Hadirmu Ya Rasulullah atau Thola'al Badru yang diberi nafas baharu.
Dendangan Thola'al Badru, selawat ke atas Rasulullah yang diberi nafas baru ini dijayakan oleh Mawi, Lah Ahmad, Fadh Majid dan juara Big Stage 2020, Azzam Sham.
Dengan kandungan yang penuh bermanfaat bagi seluruh lapisan masyarakat, Astro berharap program-program istimewa sempena Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menguatkan lagi rasa cinta dan hormat terhadap Rasulullah SAW.
Topic Berkaitan
#Maulidur Rasul
#Astro
#Program menarik
#Malaysia
#Azzam Sham
#Lisa Surihani
#Fadh Majid
#Big Stage
#My Salam Muslim
#sketsa
#video muzik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan