awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford
Mayat wanita dengan kesan luka ditemukan di pantai Pengerang
UMNO perlu fikir panjang, bijak depani provokasi politik - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Asyik jadi pemain simpanan, tak terfikir sarung jersi 10 negara' - Luqman Hafidz

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/03/2018
04:16 MYT
'Asyik jadi pemain simpanan, tak terfikir sarung jersi 10 negara' - Luqman Hafidz
Rezeki Luqman Hafidz bukan di atas padang, sebalik dalam filem dan pementasan Ola Bola The Musical sebagai penyarung jersi nombor 10. - Enfiniti
BERAPA ramai daripada kita yang berhenti daripada mengejar impian hanya kerana diberitahu 'anda tidak cukup bagus'?
Mungkin perkongsian daripada pelakon filem "Ola Bola" dan "OlaBola The Musical" ini boleh menjadi inspirasi buat kita semua.
Luqman Hafidz yang lebih popular disapa Ali, yang merupakan watak yang dibawa dalam filem dan pementasan tersebut, berkongsi pengalamannya berhadapan dengan situasi itu di akaun Instagramnya.
Cerita Luqman, dia tidak pernah terfikir akan layak menyarung jersi nombor 10 negara, biarpun sekadar di layar perak dan pentas lakonan.
Dalam sesebuah pasukan bola sepak, pemilik jersi nombor 10 kebiasaannya adalah pemain terbaik dan paling mendapat perhatian di atas padang.
Di sebalik minat dan cintanya terhadap bola sepak, Luqman lebih kerap mengisi bangku simpanan setiap kali mewakili mana-mana pasukan.
"Datang awal setiap latihan, tapi pada hari perlawanan disuruh duduk menonton di bawah dahan.
"Setiap kali pemilihan, sekadar mengisi ruang kekosongan, dipilih hanya kerana sentiasa memberi perhatian," ceritanya.
. “dan setiap manusia, mampu menjadi wira” . Tak pernah terfikir terlintas memakai jersi nombor 10 utk Malaysia di layar perak mahupun di pentas. Kenapa? . Kerana dulu setelah habis berpuluh puluh jam berlatih di atas padang, kawalan bola masih lemah longlai takde siapa yg pandang. . Beratus video skill bola di tonton di youtube, Hanya utk faham setiap gerak tari pemain hebat, sehingga ada yg kata “kau terlalu taksub”, dan “bola ini bukan untuk kau rembat” . Datang awal setiap latihan, tp bila hari game di suruh duduk menonton dari bawah dahan. Bila setiap hari pemilihan, sekadar hanya mengisi ruang kekosongan, di pilih hanya kerana sentiasa memberi perhatian. . Jika hari itu aku putuskan yg aku kaki bangku, Maka tiadalah semua lagu, jeritan ‘Goal’ memori indah dlm kotak fikiran ku. Jika hari itu aku duduk diam mengalah dengan diri sendiri, maka tiadalah ‘Ahmad Ali’ dalam hidup ini. . Alhamdulillah bkn pilihan mengalah yg ternyata, Jadi di sini aku ingin berkongsi sebuah cerita, Cerita di mana kau harus sentiasa percaya, Walau perit menderita penuh dengan kalah, Yakin lah yg setiap manusia itu mampu menjadi wira. . *walking to stage for olabolamusical shows no.29. #olabolamusical #luarbiasa #believeagain #jackandjonesmalaysia @jackandjonesmalaysia @jackandjones @enfinitimy @mindorder
A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidz10) on
Mar 7, 2018 at 3:56am PST
Tuah manusia siapa yang tahu, sudah tertulis rezeki Luqman bukan di atas padang sebagai pemain bola sepak profesional, sebaliknya sebagai pemain watak Ali, penyerang unggul negara dalam filem dan pementasan yang masih berlangsung di Istana Budaya itu.
"Jika hari itu aku putuskan yang aku kaki bangku, maka tiadalah jeritan 'gol', memori indah dalam kotak fikiran, dan tiadalah Ahmad Ali dalam hidup ini," sambungnya.
Kebolehan Luqman turut mendapat pujian pengarah "OlaBola The Musical", Puan Seri Tiara Jacquelina, yang menyifatkan Luqman sebagai bukan sahaja pelakon yang hebat, tetapi juga pemain bola sepak yang berbakat.
Belanja you all yang susah payah datang tengok #OlabolaMusical berkali kali.. This is exclusive footage of one of my favourite moments in the show. @luqmanhafidz10 at his best as a multi talented stage performer and super skilled football player. It's been such a pleasure working with Luqman and it makes me so proud to see him in this glorious moment in the show. Sorry lah, I'm like feeling super emo cos it's the final week of the show. Only 7 final chances to catch OlaBola before the show closes this Sunday. Masih tinggal beberapa saja tiket, kena cepat cepat booking kalau tak nak ketinggalan! Olabolamusical.com / datang terus ke kaunter tiket IB. Thank you @celcom and @mymdec for your support, enabling us to break new boundaries in the areas of digital technology and visual content on stage
A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina) on
Mar 6, 2018 at 1:17am PST
OlaBola The Musical akan melabuhkan tirai, Ahad ini.
Topic Berkaitan
#filem
#Luqman Hafidz
#Ola Bola
#olabola the musical
#pementasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan