ATAS permintaan ramai, filem Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) kembali ditayangkan secara eksklusif di Astro Prima dan Astro Citra.
Filem paling laris di Indonesia itu bakal ditayangkan pada Ahad iaitu esok, 26 Februari pada jam 12 tengah hari di Astro Prima (saluran 105 ) dan jam 7.45 malam di Astro Citra (saluran 131 ).
Terdahulu, penonton filem SYTD berkongsi rasa sebak selepas menonton filem ini.
SYTD telah mengundang air mata kebanyakan penontonnya dan kebanyakan mereka turut memuji lakonan hebat Raline Shah, Fedi Nuril dan Laudya Cintya Bella dalam filem tersebut.
Penonton SYTD telah berkongsi perasaan mereka menerusi laman sosial Twitter, dan memberitahu, tidak hairan SYTD menjadi filem terlaris di Indonesia pada 2015 dan menerima banyak anugerah sehingga 2016.
Rata-rata mereka mengakui bahawa filem yang ditayangkan itu sangat baik dan ia benar-benar menyentuh emosi mereka.
Filem Surga Yang Tak Dirindukan mengisahkan kehidupan keluarga yang dibina oleh sepasang suami isteri, Prasetya (Fedi Nuril) dan Arini (Laudya Cintya Bella). Kehidupan rumahtangga mereka yang bahagia pada mulanya berubah dan mengalami konflik ketika Prasetya menyelamatkan seorang wanita, Meirose (Raline Shah) yang sedang hamil.
Merasakan kasihan dengan nasib Meirose dan anak yang bakal dilahirkan tanpa ayah, Prasetya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Meirose tanpa pengetahuan Arini.
Berita baik buat semua kerana filem SYTD2 telah di bawa ke pawagam seluruh Malaysia sejak 16 Februari lalu.
Gempak
Sat Feb 25 2017
SYTD kembali atas permintaan penonton yang mahu mengikuti semula kisah terdahulu. - YouTube
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Atas permintaan ramai, Surga Yang Tak Dirindukan kembali
Atas permintaan ramai filem Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) kembali ditayangkan secara eksklusif di Astro Prima dan Astro Citra.